"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday, 1 December 2013

Terengganu (Day 2) : Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

01.12.2013 Ahad 

Kami sampai di Taman Tamadun Islam lebih kurang jam 4.30ptg dengan bayaran tiket RM 65. Pakej family 2 Dewasa, 2 kanak² = RM 50 dan tambahan RM 15/seorang kanak². Adik tak dikira sebab belum bersekolah rendah. Tapi... cuaca petang ni hujan renyai² jap berhenti jap hujan.... Namun Alhamdulillah.... habis kami pusing² dalam taman ni walaupun cuacanya sebegitu. Cantik² buatan replika masjid yang ada di dalam TTI ni. Setiap Masjid ada ruangan penerangan mengenai masjid tersebut dan ada juga sesetengah masjid yang mempunyai ruang pameran serta tayangan video mengenainya. Tak kurang juga beberapa buah replika masjid yang dalam penyelenggaraan disebabkan strukturnya sudah rosak. Di sini juga ada disediakan khidmat sewa basikal serta trem. Kami? Berjalan kaki sahaja... Jam 6.30ptg habis kami pusing² dalam kawasan TTI ni. Misi seterusnya... cari makan dulu sebab perut masing² dah lapar.Pada awalnya nak singgah Masjid Kristal, namun sebab dah petang sangat, Hubby kata nak datang semula esok...

Sekitar gambar kami di sini :













Lepak² sebentar sebab hujan lebat sangat waktu ni... Grrr Sejuk giler...