27.07.2013 Sabtu
Gara² dah berjanji pada si Anak nak ke Kuantan Parade hari ni... Si Ayah, nak tak nak layankan juga. Bertolak dari rumah jam 1.30petang.. Nak boleh ke sampai...Pergh... Ambil masa 1jam perjalanan. Dah boleh sampai ke Bandar Maran dah ni... Jalan sesak giler.... Aduhai.... Bukan nak ke mana pun. Anak² bertuah Mama ni cuma nak ke Capcom Station yang duk kat tingkat paling atas tu je ha... Aduhai anak².... Ni kes jalan di Bandar Kuantan yang bertukar la ni. Entry boleh rujuk SINI
Ayah duk menunggu anak² di Capcom Station, Mama? huhuhu... Pergi NK Crystal jap cuci² mata dan kemudian pergi window shopping kat ruang legar yang banyak booth sempena Ramadhan ni ye... Namanya pun window shopping. Memang takde yang Mama belipun. Macam mahal je la pulak.... haish....