20.06.2013 Khamis
Mama di UiTM Terengganu hari ni sebab menghadiri kursus. Malam tadi semasa dalam perjalanan, Along ada telefon memberitahu keputusan peperiksaan pertengahan tahun sekolah KAFA. Khalisah dapat nombor 9 dan Khairina nombor 11. Along sendiri mendapat nombor 3. Tahniah! Esok ada perjumpaan dengan ibu bapa untuk menandatangani buku rekod peperiksaan. Nampak gayanya Atuk lah yang kena pergi sebab Mama dan Ayah tiada. Ayah tak ada sebab sibuk dengan Latihan pusat Persatuan Kadet Polis nya di Kuantan sejak 19.06.2013 hingga 22.06.2013 dan kemudian akan ke perkhemahan peringkat kebangsaan di Melaka yang dijadualkan pada 23.06.2013 hingga 28.06.2013 nanti.
***************************************************************************
21.06.2013 Jumaat
Teringat Mama pada waktu itu yang baru je parking kereta di garaj rumah. Sebelum tu Mama nampak Adik diluar rumah laju menuju masuk ke dalam. Elok je Mama tarik handbrek, Adik muncul dengan memegang buku report card nya dan semangat "Mama, Saya dapat nombor satu!" Teruja sungguh Adik lafazkannya. Mama tak ada berjanji apa². Tapi dengan si Ayah ada... Adik tuntut nak basikal baru sebab basikalnya rosak. Walhal basikalnya cuma perlu ganti rantai dan tiub tayar je....
Keputusan peperiksaan Adik - 6tahun di Pasti Al-Amin, Lepar Utara
*****************************************************************
03.06.2013 Rabu
Malamnya Along beritahu yang esok ada perjumpaan ibu bapa dengan guru kelas untuk melihat keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak². Mama buka SAPS yang sebelum ini asyik di dalam penyelenggaraan dan hasilnya.....
Usaha lebih ye... tahun depan dah nak UPSR
Nota Mama : Apapun, Tahniah Mama ucapkan buat anak² tersayang....
