"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tuesday, 30 July 2013

Mama Nak Makan Buah Ni...(Buah Naga)

30.07.2013 Selasa 

Khamis lepas Ayah ada bawa balik buah Naga, Mama pula tidak bertanya mana datangnya. Ayah balut buah tersebut menggunakan surat khabar untuk diperam katanya biar cepat masak..Oooo... Mama baru tahu... Hari ini, anak² bertuah ni rajin pula buka balutan surat khabar tersebut dan kelihatannya kedua² biji buah tersebut telah pun merah..Maksudnya dah masak... Rasanya macamana? Soal anak² girl Mama yang sememangnya minat makan buah. Tapi buah naga adalah yang pertama kalinya bagi mereka.

Teringat Mama masa mengandungkan Adik dulu. Buah Naga adalah salah satu buah yang Mama mengidam waktu tu. Penat cari 2/3 buah pasaraya.. Akhirnya bertemu di TF Jerantut (jika tak silap Mama lah). Namanya pun mengidam.. Mama makan sepotong je.. Yang lainnya?...heeeee..... Mama pun dah lupa rasanya. itulah yang pertama dan terakhir Mama rasa.. tahun 2005... Hari ni... Mama boleh rasanya lagi... Takpe... Meh Mama kupaskan ye.... Nak rasa kan...

Lihat sahaja pada isinya masing² bertanya "Mama macam buah strawberi ke?" Entah... jawab Mama yang memang dah tak ingat langsung pada rasanya.... Bila Mama suapkan ke mulut, anak² girm bukan main perhatikan.... "Sedap tak Mama?" Soal mereka lagi... "Sedap..Nah, cubalah.." Ujar Mama sambil menghulurkan pinggan yang berisi potongan buah tersebut,,,

"Mama... Nape tak rasa apa²?" Ujar si Kakak
"Ha, ah..Tak rasa ape pun.." Balas Khairina...
Adik sekadar mencubit sahaja.....

Entahlah.. Tapi yang pastinya rasa buah ni tawar.... macam nak pergi cicah gula pula.... Kelihatannnya Kakak yang gemar makan buah ni. Yang lain²...kurang berminat... Termasuklah Mama... wink3x