"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Thursday, 29 November 2012

Kami Di Bandar Jerantut (Part 3)

24.11.2012 (Sabtu) 

Abang pagi² lagi dah ke PPD untuk menghadiri kursus. Anak² pula sibuk bangun awal pagi sebab dah janji nak mandi kolam lagi hari ni sementara nak check out hari ni. Hari ni mandi siap ada pelampung pula. Bukan main bertambah seronoknya.... Mama, cuma ambil mood memantau sahaja... Layan.... 




Kakak tak ada pelampung sebab nak beli malam tadi dia berkeras tak nak. "Saya nak berenang sendiri" katanya. Sudahnya sibuk pula nak pinjam pelampung si adik². Urm... tidaknya lah si adik² tu nak bagi. Bagi pinjam sekejap sahaja, tak sampaipun 5minit dah minta balik... Tak apalah ye Kakak... Nanti Mama belikan satu untuk Kakak ye...






Jam 12.15tghari, Mama kerah si anak² bertuah naik ke bilik... Nanti Ayah balik nak check out, masih tak siap lagi... membebel pula si Ayah nanti. Anak² tetap naik walaupun memberontak nak mandi lagi... Lain kali ye....

Lets check out....


Kolam renang kat sini siap boleh park kereta kat tepi kolam lagi...

Ada beberapa ekor patung Dino di sini...

Abang naik kereta kancil. Ninie bawa kereta kembara.

Sementara menunggu Abang habis program sehingga petang. Mama dan anak² rehat² di Masjid Tengku Mahkota Abdullah terlebih dahulu... Siap paksa anak² bertuah ni tidur sebab nak kena menunggu hingga jam 5.00ptg. Dibuatnya mereka puas karang. Riuh dalm masjid ni dibuatnya... Mujur masing² mendengar kata....

Jam 5.00ptg, selesai solat Asar, Ninie memandu ke PPD Jerantut bertemu Abang... Dari sini kami melalui lebuhraya meluncur terus ke Kuantan....

Alhamdulillah... perjalanan kami berjalan dengan lancar... dengan 2biji kereta (kancil & kembara). Kami tiba lebih kurang jam 9.00malam.... Aduhai letihnya bawa kereta ni... Mood tidur....

Kami Di Bandar Jerantut (Part 2)

23.11.2012 Jumaat

Setelah puas bermandi kolam... perut mulai lapar... Anak² merengek nak makan,... Tapi merengek² juga nak pelampung nak guna masa mandi kolam nanti (esok) katanya. Aduhai anak... Abang pula mengiakannya... jadi sebelum pergi makan kami singgah di TF Value Mart Jerantut dahulu... Cari pelampung. Amboi bukan main seronok anak² bertuah ni....

Dah siap cari pelampung, tinjau² barang lain kejap. Tetapi, orang lelaki rasanya kalau dah tengok barang lagi lama masa yang diambil dari orang perempuan... kan Abang kan.... wink3....


Apalah yang dijeritkan si Adik ni...

Dah siap cari barang² yang dirancang juga tambah tanpa dirancang... kami pergi makan dulu.... Makan di benteng (tak tahu orang lain panggil apa kawasan ni). Dah kenyang, masuk bilik... tidur... Esok si Ayah ada kursus lagi....




Kami Di Bandar Jerantut (Part 1)

22.11.2012 (Khamis)

Abang mula berkursus hari ini di PPD Jerantut... Mulanya Abang nak berulang alik dari Lepar Utara ke Jerantut, Tetapi memandangkan kursus sehingga hari Sabtu, keputusan lain diambil...Menginap di Bandar Jerantut. Setelah dikira²/fikir²/hitung² segala bagai... Kami sekeluarga akan menginap di Jerantut Hill. Maksudnya, angkut semua sekali iaitu termasuk anak². Petangnya habis program, Abang datang ambil Ninie di pejabat. Dari Bandar Jengka, pulang ke rumah di Lepar Utara. Lebih kurang jam 9.00malam, kami bergerak pula ke bandar Jerantut. Anak² adalah yang paling teruja sebabnya nak mandi kolam....

23.11.2012 (Jumaat)

Mama ke tempat kerja seperti biasa. Tapi tetap keluar awal jam 7.15pg sebab tak biasa dengan keadaan jalan. Abang akan berkursus di PPD. Along akan jaga adik². Pelbagai pesanan buat semua. Mujur hari ini hari Jumaat. Jadi waktu rehat Abang nanti panjang...

Petangnya, Mama pulang seperti biasa. Sesampainya di hotel, kelihatan si anak² bertuah ditemani si Ayah dah siap bersukaria berenang² di dalam kolam. Amboi bukan main lagi korang ye....

Setiap 1 bilik cuma percuma untuk 2 orang sahaja mandi kolam ni /sekali mandi. So kami semua 4orang... Abang dah bayarkan selebihnya termasuk Ninie sekali. Mulanya ingat, Ninie tak mahu mandi...mengenangkan Abang dah bayar, rugilah kan.. So join mandi seklai jugalah....

Harga untuk mandi kolam sahaja. Jika ada yang sekadar nak bawa anak² madi kolam tetapi tidak menginap di sini.
DEWASA = RM 6
KANAK² = RM 3

Jom layan gambar....

Anak² gegurl Mama & Ayah

Lompat jangan tak lompat....

Along yang mudah mendapat kawan....


Bila si Ayah masuk kolam.. si anak comel² terus menerpa....

Mama tak pasal² mandi kolam juga sebab Ayah dah bayar... rugi pula kalau tak mandi... (pst...Mama bukan tahu berenang pun)

bersambung.....

Tuesday, 20 November 2012

Makan² Di Tanjung Lumpur

18.11.2012 (Ahad)

Jam 6.00petang, setelah siap mengemas, kami pulang ke Kuantan... Jom balik kampung... Kampung la sangat...huhuhu.. bandar weh.... Sampai je Kuantan, terus menuju ke Tanjung Lumpur sebab Ninie teringin nak makan sup belut... Tambahan pula dah ala² nak demam nih lepas pergi ladang siang tadi.... En. Abang layankan aja... Jom kita mamam...

Udang masak pedas...

Daging merah...(Abang punya da...)

Sup belut tak ada... tukar dengan sup daging rusa... sedap juga...

Nasi goreng Pataya si kembar

Sotong goreng tepung... memang favourite kami sekeluarga

Layan....


Ikan siakap bakar

Berbaloi²...sebab semuanya habis licin.. Rugi bayo mahal kalau tak habis kan.... Total RM 105.00 termasuk air dan nasi ye... nyum² kenyang... Alhamdulillah....

Monday, 12 November 2012

Ekspedisi Ke Jerangkang Waterfall, Maran, Pahang (Part 2)

11.11.2012 (Ahad) 
Sambungan...

 
Pemilik² Kereta Kembara..... Bergambar sebelum bergerak pulang...

Ha yang gambar dibawah ni kata orang melepaskan gian. Ada jambatan tapi nak redah sungai juga... Ninie dah elok² salin baju yang basah ke baju yang kering jadi seluar pula yang basah. Mana taknya... turun ke dalam sungai semata² nak ambil gambar kereta mereka ni. Sekali sekala tergelincir disebabkan batu yang licin. mujur tak jatuh.... Sungai dipenuhi batu...






Dah siap meredah sungai....



Ini kali kedua dalam meredah sungai.... Sungai berpasir pula...

Kereta Najib

Kereta Abe Yie

Kereta My Beloved Husband...

Amboi My Hubby...Seronoknya ye....


Garmin yang menjadi peneman setia....

Bertemu sebelum berpecah ke destinasi masing². Home Sweet Home

Sempat lagi patah balik semata² nak bergambar di papan tanda. Hutan Lipur Jerangkang. Tapi perkataan Hutan dilitupi pokok liar.

Seronok tapi penat! sampai rumah terus a...bum... tido... termasuklah en. suami... tidur tak ingat² disebabkan letih.