"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 2 December 2013

Terengganu (Day 3) : Sarapan Pagi, Bersiar² Di Pantai, Pasar Payang & Masjid Kristal

02.12.2013 Isnin

Jam 8.00pg Ninie sibuk mengejutkan semua sekali bangun dan mandi sebab nak cari sarapan pagi walaupun belum pasti mana arah tujuannya lagi. Sejuk betul airnya... Takpe, kan ada water heater...wink3x. Siap mandi, Ninie tanya staf di kaunter tempat makan nasi dagang yang sedap di kawasan berhampiran resort ni. Mereka sarankan ke Arked yang berhampiran disini dan cari kedai Kak Pah. Sedap katanya. Ok...jom kita pergi....

Ada 2 Arked makanan di sini ye... so kena lihat papan tanda kedai makannya satu persatu. Namun pencarian kami tak susah sebab kedai nasi dagang Kak Pah ni ramai orang... Bila tengok ramai orang dan nampak papan tanda kedainya. Tak diragui lagi yang itulah kedainya.

Kami semua order nasi dagang je... Nasi lemak pun ada.... Memang tak dinafikan yang Nasi Dagang nya sedap. Tertera plak ‘Pilihan TV3 Jalan² Cari Makan’ Itu yang bertambah glamer.... Orangnya pun ramah je melayan setiap pelanggan yang datang. Friendly gitu... Lokasi? Batu Burok, Kuala Terengganu. Jangan lupa singgah tau....



Jom bergambar kenangan dulu....



Selesai makan nak ke mana pula? Balik resort dulu, kemas barang², check out terus sebab nanti dah ke sana sini tak perlu terkejar² nak balik pula kan? Sebelum tu singgah di pantai jap layan ombak laut. Ha.... Si Anak² bertuah yang 4orang ni memang layan ombak laut sungguh. Memula datangnya kecil je cecah hingga buku lali. Lelama cecah paras pinggang. Habis basah baju dan kompem seluar jeans yang dipakai! Memang buat Mama naik angin sungguh! Hubby gelakkan aja. Dah la itu seluar jeans yang last. Mujur Mama ada bawa baju spare. Haish... kecil besar, kecil besar je Mama nengokkan kalian berempat ni.

Dah siap layan ombak laut yang besar hingga basah baju tu dan ambil gambar, kami masuk ke dalam bilik. Anak² silakan ganti baju ye... Mama nak mengemas.. Ayah sila angkut segala yang dikemas masuk dalam kereta okay!. Masa kami nak check out jam dah pukul 11.15pg. Di luar, hujan bukan main lebat lagi. Melihatkan liuk lentuk daun kelapa ditiup angin pun risau dibuatnya. Agaknya staf dikaunter perasan perasaan kami yang kelihatannya gusar, diberitahu pada kami yang paras air laut tak pernah cecah masuk/melimpah sehingga ke dalam resort. Hanya setakat di pantai sahaja. Tiba² terbayangkan peristiwa sunami yang berlaku pada tahun 2004 dahulu. Jika melihatkan sahaja angin dan ombak laut hari ini sahaja pun Ninie dah gerun... Semoga Allah melindungi kami sekeluarga.














Destinasi kami seterusnya? Pasar Payang, Kuala Terengganu. Di dalam hujun yang rintik² membasahi bumi, kami teruskan perjalanan di sini walaupun tak ada tujuan sebab shopping tak masuk dalam list.kikikiki... Tetapi sekadar nak melihat sendiri keadaan di sini yang sentiasa menjadi sebutan orang yang ke Terengganu. Rambang biji mata dibuatnya melihatkan kain pasang yang cantik² belaka. Mujur Ninie tak tergoda walaupun Hubby dah kasi peluang. Baikkan Ninie...Wink3x.

Cuma Ninie dan Hubby tertarik pada baju T-shirt yang ada tulisan Negeri Terengganu. Ok lah kan untuk dijadikan kenang²an. Pada mulanya nak beli untuk anak² je. Tak sangka boleh tersangkut Mama & Ayahnya juga... Harga? Boleh tawar menawar. Alhamdulillah... dapatlah kami seorang satu. Thanks Hubby.... Bila sampai di ruangan menjual makanan, si gegirl masing² sibuk nakkan sagu. Mama layankan aja....

Lokasi seterusnya, Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Wajiblah singgah kan sebab semalam tak jadi singgah. Solat jamak Zohor+Asar disini. Allahu Akbar, cantik sungguh seni binanya..... Atas air pula tu dan ramai yang berkunjung disini. Cuma sayang fasiliti dalamannya tak seindah luaran. Terdapat kebocoran pada bumbungnya dan ruang solat untuk wanita juga amatlah kecil. Tandasnya juga tidak sebersih mana....

Ninie alang² dah berkunjung mana² tempat tak sah kalau tak singgah di kedai souvenir yang ada sekadar nak beli keychain/ fridge magnet.





Siap di Pasar Payang...Moh kita ke Masjid Kristal...