09-05-2018 Rabu
PRU 14 - P084 Paya Besar - N18 Lepar
Tempat Bertugas - SMK Lepar Utara
En Suami sejak semalam (08-05-2018/Selasa) dah mula sibuk kerana bertugas sebagai Ketua Pusat Mengundi (KTM). Seawal jam 6.45pagi sudah bergerak ke Kuantan untuk mengambil peti undi... Bermalam di Bandar Jengka sebelum masuk semula ke Lepar Utara sebelum subuh pada 09-05-2018/Rabu untuk bekerja di Pusat Mengundi bagi PRU14 di SMK Lepar Utara.
Alhamdulillah kerja² kami sebagai petugas di PRU14 dipermudahkan. Ninie bekerja sebagai Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM)... Pengalaman pertama untuk diri sendiri di samping rakan² sekerja lain yang ceria² semuanya... Kaki agak lenguh sedikit sebab berjalan/berdiri.... En. Suami sibuk sebagai Ketua Pusat Mengundi (KTM) di saluran 1-Warga emas.... Nak makan pun tak sempat.... Nak bergambar bersama apatah lagi....
Di Lepar Utara pusat mengundi ditutup pada jam 4.00petang.... En.Suami terus ke Kuantan bersama petugas lainnya untuk menghantar peti undi selepas kiraan udi selesai dan bermalam disana...
*Penat tetapi "happy" gitu....