11.06.2018 Isnin
Hari ini Mama ambil cuti, pagi ni ceriberi... Jam 8.30pagi, kami sekeluarga bertolak ke Kuala Lumpur atas cadangan En. Hubby... katanya nak ke Quill City Mall... Mama ikutkan sahaja...Sambil² jalan² cuci mata mana tahukan boleh shopping raya.
Kita pusing²... ambil gambar di pameran #yassraya2018 (boleh join contest di instagram tau). Beli baju t-shirt untuk si gegirl dan juga shopping sehelai dua baju si Ayah. Alhamdulillah harganya banyak harga promosi sempena raya ni kan...
Siap berbuka puasa disini alas perut dengan roti, kami meluncur laju pulang ke rumah sebab esok Mama nak kena kerja... En. hubby dan anak² lain takpe lah sebab masing² dah mula cuti sekolah.... Rabak mata Mama ni karang. Sebelum tu kami singgah makan di Sate Haji Samuri terlebih dahulu.
#darlingniniefamily
#adliyanfamilyjalanjalan
