19.10.2017 Khamis
Hari ni singgah dulu di Petrosains Kuantan yang terletak di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PAPP) (terletak di belakang MPK). Sebelum ini lokasinya di bangunan Yayasan Pahang tetapi telah ditutup dan dipindahkan ke sini. Waktu operasinya adalah Isnin hingga Jumaat (8.00pg-5.00ptg)-hari bekerja sahaja.
Layankan kehendak anak² bertuah ni yang dari awal tahun sibuk nak ke Petrosains dan kebetulan pula PAPP tu terletak di laluan jalan nak pulang ke rumah. Masuk percuma ye... Tapi hari ni petrosains punuh dengan orang, agaknya kerana musim cuti sekolah.... Tak apalah... janji hasrat anak² nak ke sini dah tercapai. Lain kali ada rezeki kita berkunjung ke sini lagi ye....