16.10.2017 Isnin
@ Batu Burok, Terengganu
Seawal jam 9.00pagi kami memulakan perjalanan ke Terengganu melalui lebuhraya pantai timur. Tujuannya kali ini adalah untuk menghadiri "Family Day" tempat kerja En. Hubby. Tenang je suasana dikelilingi hutan di kiri dan kanannya dan membuatkan kami sekali sekala mengantuk. Adududu....
Bagi Adik Khayra Safiya pula, ini merupakan perjalanan jarak jauhnya buat kali kedua setelah ke Nilai, Negeri Sembilan sebelum ini. Kali ini adik juga mabuk. Beberapa kali Adik muntah setelah menyusu mahupun minum air masak. Lesu sahaja wajah Adik Khayra namun tidak menangis mahupun merengek.
Lebih kurang jam Alhamdulillah... Akhirnya dapat juga kami mencari lokasi lain untuk menikmati udang viral ni. Lokasi Restoran Pedas Sukaramai. Google Maps sahaja. In Sha Allah jumpa.... krup krap krup krap sebab panas² lagi ni.... nyum nyum....
Kami order menu yang sama : Nasi Ayam. Air masing² order...
Adik yang sambung tidur setelah makan dan kembali muntah tadi sementara nak ke resort
Adik yang ceria bila dapat berbaring. Penat agaknya sepanjang perjalanan asyik muntah dan lepak atas badan Mama je...
Aktiviti petang ini. Sukaneka untuk anak². Buakn main masing² ye kalau bab bermain.... Angin pantai sepoi² bahasa je meniup ke muka.
Adik Khayra yang pertama kali bermain dengan pasir. Bukan main Adik ye....
Kasut Mama VS kasut Adik
Adik masih takut dengan air laut... Cubaan yang ke dua setelah gagal di Kuantan tempoh hari. Hasilnya? Tetap gagal. Adik memang 'fobia' dengan air.
Aktiviti malam. Makan² dan aktiviti kanak². Pakaian beragam dengan tema Cita² saya. Adik Khayra turut memeriahkan suasana serta menjadi peserta termuda 11bulan dengan pakaian DOKTOR. Baju dijahit khas oleh Nenek. Nametag Mama sulam sendiri. Aksesori kedai Eco Rm2.12 je.... Mujur mood Adik elok malam ni walaupun beberapa kali cubaan untuk menanggalkan tudung yang sedang dipakai. Jenuh nak alih perhatian Adik. Elok je turun dari pentas, buka tudungnya... Alahai... kesian Adik... Basah rambut sebab berpeluh!
Guru² SMK Lepar Utara sesi 2017 (Tidak semua hadir).... Eh eh... Adik pun cikgu juga ker....