"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tuesday, 24 October 2017

Jom Ke Pusat Sains Negara (PSN)

24.10.2017 Selasa

Seawal jam 8pagi kami sekeluarga dah bergerak ke Kuala Lumpur. Tujuan utamanya adalah ke Pusat Sains Negara. Perjalanan secara 'on the spot' dari En. Hubby. Tambahan pula hari ini merupakan cuti sempena Keputeraan Sultan Pahang. Kata En. Hubby inilah masa yang sesuai nak bawa anak² berjalan ke PSN kerana Negeri Pahang sahaja yang sedang cuti.

Alhamdulillah jam 11.30pagi kami selamat sampai di PSN. Wah cantik warna bumbungnya yang dulunya hijau sekarang dah warna² pelangi! Perut mulai lapar dan kami terus mengisi perut di kafe PSN. Alhamdulillah... Harga berpatutan...

Siap makan jom kita masuk ke dalam....
Buat masa ini sehingga hujung tahun difahamkan bahawa tiket masuk adalah percuma ye... Tapi perlu juga ke kaunter tiket untuk masuk ke dalam PSN. Menarik ke? Urm.... Jika diamati, barang² pameran yang ada masih sama seperti dahulu (kami datang kali terakhir pada tahun 2012). Tak banyak yang berubah untuk bahagian dalamnya. Akan tetapi tarikan baru untuk kali ini adalah SURVIVE THE BUNKER (Bahagian ini nak masuk perlu bayar ye.... Di kaunter tiket utama) Tidak sesuai untuk anak² kecil berumur 7tahun ke bawah. Anak² Mama semuanya tak nak masuk, takut katanya...

Adik Khayra Safiya nampak teruja juga. Walhal dalam perjalanan tadi Adik beberapa kali muntah. Alhamdulillah Adik tak lembik/longlai/lemah. Malah aktif dan riang ke sana ke mari meneroka di ruangan kanak² dibawah umur 4tahun. Memanjat, ke sana ke mari dll. Kakak² dilepaskan untuk teroka aktiviti yang ada dengan syarat mereka harus bersama². Mama Ayah tak berapa risau sebab orang yang tak ramai dan memudahkan Mama Ayah memantau dan memerhati mereka dan sesekali  mereka datang mengadu itu ini.

Jam 3ptg ada pertunjukan sains di pentas yang telah disediakan. (Oh ye... di belakang pentas ini ada tandas ye...Mama siap cari tandas di luar kawasan tiket sebab Khalisah tak tahan perut tadi). Selesai di sini, anak² dah tak sabar nak mandi kolam pula. Nak mandi kolam ni tiket tadi buktinya ye... Jadi jangan hilangkan. Anak² turun melalui tangga yang agak tinggi juga bagi Mama. Ketika ini Adik Khayra dah tidur kerana kepenatan.

Jika nak sedikit dekat dengan kolam, sila keluar dari PSN dan parking kereta di luar pintu gerbang. Kemudian berjalan kaki melalui susur gajah (jalan berbumbung) dari pondok kawalan keselamatan untuk terus ke kolam.
*Resah Gelisah*
Anak² bertuah si gegirl bertiga ni membuatkan hati Mama Ayah risau sebab katanya nak pergi mandi kolam, elok je Mama Ayah sampai di kolam sambil Mama dukung Adik Khayra yang sedang tidur. Mereka tiada di kolam tersebut. Berderau darah Mama Ayah dibuatnya! Ayah mulai membebel. Mama mulai risau. Mama hulur Adik pada Ayah dan ambil keputusan memanjat tangga ke PSN yang pastinya membuatkan Mama berpeluh dengan harapan mereka ada di atas sana. Ye... nun di atas sana mereka bertiga tengah berdiri sambil memerhati sekeliling. Bila ternampak Mama muncul nampak kelegaan di wajah mereka dan spontan bertanya "Mama Ayah pergi mana?" Aduhai anak... Mulut Mama dah macam bertih jagung nak buat popcorn gitu. Mengah naik tangga tak hilang lagi. Nak turun ke bawah pula. Lutut terketor² rasa. Dah sampai bawah, Ayah pula sambung potpet². Kata mereka takut sebab tiada orang dan Mama Ayah lambat sampai. Walhal Mama dah pesan tunggu sahaja kat kolam nanti kami sampai sebab Adik tengah tidur. Dan Mama takde pesan dah siap mandi kolam naik atas balik semula! Memang panas hati sungguh! Namun lega sebab masing² ada... Adududu la anak.
Jam 4.30ptg, kami mula bersiap² untuk ke destinasi seterusnya... Sebelum tu sempat dulu bergambar di Taman Prasejarah yang diletakkan patung² berbentuk dinosour di bawah bukit tempat parking tadi... Bergambar lebih kurang... Jom kita ke destinasi berikutnya : Masjid Wilayah Persekutuan