20.09.2015 Ahad
Hari ni nampak gayanya hari macam nak hujan. Namun cuaca agak baik juga. Hujan turun rintik² sesekali angin meniup hujan namun tiada sebarang bunyi guruh berdentum mahupun kilat sabung menyabung.
Si gegirl siap mita izin nak main air hujan jikalau hujan turun membasahi bumi. "Tengok keadaan dulu" ujar Mama bila soalan itu diajukan. Sesekali hujan angin datang, mereka tidak berlari masuk ke dalam rumah sepertimana kebiasaaanya. Tapi masing² mengerling Mama takut² Mama marah suruh masuk ke dalam rumah la tu.
Mama kebetulan duduk diluar bermain gasing bersama² mereka tadi... Saja Mama biarkan sebab kelihatannya guruh dan petir memang tiada... Jam pun baru 6.20ptg. Biarlah sekali sekala getus hati kecil Mama.
Hujan yang datang jenis bersama² angin. Kiranya tidaklah sekali datang mencurah². Anak² bila diberi lampu hijau, gembira bukan kepalang termasuklah si Along nya! masing² bergembira di bawah air hujan siap menari gelek bagai. Ditepuk² terajang lopak air yang ada. Jam 6.50ptg.... 3...2...1.... Sila masuk ke dalam rumah bersihkan diri masing² sebelum hanger hinggap ye.... Menderu mereka masuk ke dalam rumah... Nak tergelak pun ada dengan gelagat mereka. Aduhai anak.....
