18.09.2015 Jumaat
Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sempena cuti penggal persekolahan seminggu. Ihsan pulang ke rumah hari ini dari Kuantan menaiki bas ekspress. Jam 3ptg tadi Ihsan dah SMS beritahu yang dia telahpun berada di dalam bas. Sebentar lagi bas akan bergerak.
Mama dan Ayah hari ini berada di HOSHAS berikutan masalah kesihatan Mama (Akan diceritakan di entry lainnya) dan kebetulan pula urusan Mama siap jam5ptg. Aduhai... Memang letih dengan HOSHAS ni... Sedangkan waktu kami sampai tadi tiada orang pun. Kiranya Mama lah orang yang pertama sejak ianya dibuka pada waktu petang. Tapi.... Servisnya.... menunggu tahap kita berbintang² rasanya.
Siap je urusan di sini, kami terus meluncur laju ke Bandar Jengka sebab Ihsan SMS jam 4.40ptg yang dia dah pun tiba di Jengka Sentral. Mama suruh Along menunggu terlebih dahulu dalam 1jam.... In Sha Allah segalanya okay sebab Along pun dah besar.
Kami selamat tiba jam 6ptg. Singgah makan dahulu di kedai Pak Said Char Kuew Teaw kedai bertentangan dengan Jengka Sentral ni dan kemudian bergerak pulang. Singgah ambil si gegirl dahulu di rumah Atuk Neneknya. Dari semalam mereka di sana.
