"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday, 20 September 2015

Layan Movie Di Hari Jadi Ayah

19.09.2015 Sabtu

"Happy Birthday to You..."
"Happy Birthday to You..."
"Happy Birthday to You... Ayah"...
"Happy Birthday to You..."

Hihihihi.... Semangat betul si gegirl menyanyi bila nampak si Ayah menuruni tangga...  Masing² siap buat kad ucapan bila Mama beritahu pagi² tadi yang hari ni Hari Jadi Ayah.Nothing special today... Makanan pun biasa² sahaja. Mama masih belum sihat okay! Anyway Happy Birthday My Hubby....

Tengah duk makan sarapan tiba² Hubby ajak pergi tengok wayang. Nak bawa anak² katanya.. Mama ikutkan sahaja walaupun diikutkan hati malas sebenarnya.... Letih rasa duk ulang alik Khamis & Jumat baru² ini... Hari ini juga...? Maksudnya 3hari berturut²lah Mama dan Ayah ke Temerloh minggu ni...

Selepas Zohor lebih kurang jam 2.30ptg kami bergerak terus ke Bandar Mentakab. Tempat tujuannya adalah Star Mall, Kami tiba jam 4.30ptg. Tengok di paparan skrin tayangan GSC (Tingkat 2) ni Mak ai.... Anak² semangat nak tengok cerita Inside Out sebenarnya tapi waktu tayangan yang ada untuk hari ini jam 9.30mlm sahaja... Satu kerja pula nak tunggu... Urm... Dah tak tahu nak buat apa sebenarnya... nak tengok Polis Evo tiada pula tayangannya di sini... Nak tengok "Maze Runner" Mama & Ayah dah tengok Khamis yang lalu.... Sudahnya kami pusing² di Star Mall ni dahulu sambil mencari surau untuk solat Asar.

Kemudian sekali lagi kami naik ke GSC dan tengok jadual tayangan semula... Masa yang terdekat adalah 6.10ptg dengan cerita KAPSUL. Urm... Ikutkan hati Mama memang tak minat nak tengok wayang cerita Melayu ni sebab kang tak lama kompem keluar kaca TV dah. Tapi takde arah la... Itu je la cerita yang terdekat yang ada.... Jadi tiketpun dibeli dengan harga RM55 untuk 3dewasa dan 3kanak². Macam tak berbaloi je rasa hati Mama ni....

Dah beli tiket kami singgah makan dulu di APA (Ayam Penyet) Mak ai... ramai orang kat sini mungkin sebab harga set hidangan yang murah (RM5/set -air teh O ais). Kami pesan 5set sahaja. Si gegirl sila kongsi ye... Alhamdulillah... Boleh tahan rasanya... Kena dengan selera. Pinggan masing² licin okay!. Siap makan tengok jam dah hampir 6ptg... Sila bayar ye... Dah jom kita ke tujuan asal kita ke sini.... Tengok Movie...

Best ke??? Best la... Satu panggung tu si gegirl yang punya... Sesuka hati je jap² duk belakang... Jap² duk depan... Jap² duk tengah... Bertuah betul si anak... Tak fokus rupanya dia tengok cerita kapsul ni... mama pun tak larat nak layan... Fikir berbayo je... Kalau free memang nak je tarik Hubby keluar pergi tempat lain. Ops... Jangan kata Mama ni tak semangat cintakan negara ye... Tapi awal² tengok hero pun dah tak berkenan.... Jalan ceritanya so slow... Kalau tengok movie inggeris tu bukan main KEBABOM sana sini. Puas  hati... Jalan cerita ni pula... dari tahun 2014 balik ke zaman sebelum kemerdekaan... satu² zaman perdana menteri yang ada... Tun Abdul Razak, Tunku Abdul Rahman, Tun Hussin On (tiada), Tun. Dr. Mahathir, Dato' Ahmad Badawi(tiada), Datuk Seri Najib (kompem la tiada juga!)... Lawak pun tidak... Bagi Mama memang agak bosan! Anak² boleh dijangka dengan keletah yang tak reti nak duduk diam tak fokus...Memang tak ambil port la tu.... Part akhir sekali baru la Tun M muncul.... Semangat nak tengok yang tu je....

Habis tengok wayang jom pergi makan pula. Kat Mentakab ni puas dicari melalui Google tempat makan menarik dan murah. Kayword tak mengena langsung. Yang tertariknya pada satu kedai nama "Nasi Lemak Tempurung". Owner nya rajin update di FB... Stalker jap...dan jom kita pergi cuba.... Cari di Waze memang takde... Cari Jalan Gopeng baru jumpa....

Sampai sana terpaan² jap sebab kedai kiri kanannya ramai orang tapi kedai ni takde orang. Baru sangat ke??? Entahlah... Hubby tanya...Nak makan sini ke? Urm...Dah sampai...Kita cuba je la.... Menu utama adalah nasi lemak... lupa nak snap gambar menu... Kebetulan pula ada sup dan lakasa...si gegirl memang suka. menu kami malam ni :

Nasi lemak paru x2, Nasi lemak ayam 1, nasi lemak telur sebiji 1, laksa 1, bihun sup 1
Air : Milo ais x 2, Milo ais tabur 1, susu ais 1, kopi o panas 1, teh O ais 1

Jumlah harga RM 34.80 (urmmmmmmmm) hihihihi.... Nasi lemak Okay cuma sambal dia agak kurang pada tekak kami... Mungkin okay pada orang lain.

Dah jom kita pulang..... Jam 12pg kami selamat sampai dirumah... home sweet home... pinggang Mama bertambah sakit... Uwa....