29.04.2014 Selasa
Aduhai...Notis takde...ribut tak ada... angin tak ada... Tiba² sahaja jam 9.00mlm elektrik terputus. Pergh... Sakitnya hati... Ada lagi baju nak di mesin ni ha...Mujurlah tadi jam 7.30ptg tergerak hati nak basuh/mesin kain baju sebab Ihsan beritahu ada baju nak dipakai ke sekolah esok. Kebiasaannya Ninie kalau basuh baju, baju sekolah anak² pastinya akan disidai di dalam rumah di tingkat atas dengan kipas terpasang dan keesokkan paginya dah kering terus boleh iron. Mujur juga baju Ihsan tu dah siap dibasuh tinggal sidai sahaja.
Rupa²nya elektrik di kawasan rumah guru kediaman kami dibawah ini sahaja yang ditutup! Hubby kata tempat lain terang benderang. Yang buat sakit hatinya... Elektrik ditutup jam 9.00malam dan dinyalakan kembali pada jam 12.30malam! Bukan main lagi yerk TNB ni nak buat OT. Katanya orang lain yang tutup dan orang lain yang datang baiki... Kerosakkannya adalah ada sebatang pokok betik yang jatuh atas wire elektrik dan menyebabkan wayar itu kendur dan hampir mencecah tanah. Memang tak selamat untuk kawasan kediaman kami. Mungkin sebab baru² ni hujan dan ribut agaknya...
Apa²pun terima kasih untuk TNB sebab dapat menjalankan kerja dengan jayanya....Alhamdulillah...
Semasa ketiadaan elektrik tersebut Hubby hidupkan enjin kecil untuk memudahkan anak² buat kerja sekolah terutamanya Khairina Basirah di ruang tamu rumah. Ninie gunakan lilin je untuk ke dapur dan kemana²...
