05.04.2014 Sabtu
Hari ini Ihsan sekolah...Minggu ni sebenarnya tak rancang pun nak balik ke Kuantan. Hubby baru je utarakan pada petang semalam. Disebabkan Ninie tak ready nak balik petang semalam. Maka kami balik pada hari ini...
Kami sekeluarga bergerak pada jam 9.00pagi. Ihsan tak turut serta pada hari ini sebab pagi ini Ihsan dah ada Bengkel Bahasa untuk UPSR yang bakal didudukinya pada tahun ini. Maka Ihsan akan tinggal di rumah Atuk & Nenek. Tambahan pula anak lelaki Mama nan sorang ni beritahu yang dia juga ada latihan hoki pada sebelah petang ini dan juga pada pagi esok. Minggu depan Ihsan dah nak bertanding peringkat Daerah.
Jam 11.30pg, kami selamat sampai di Kuantan. Selepas suap anak² gegirl Mama yang demam ni dengan bubur kemudian makan ubat. Lebih kurang jam 12.15tghari, Hubby ajak ke bengkel kereta. Owh...Baru teringat tujuan utama nak balik ke Kuantan hari ini... Hubby nak baiki kereta! OK..Anak² sila duduk baik² dengan mak Tok ye...Mama & Ayah nak keluar jap...
Pada mulanya Hubby ke kawasan perindustrian di Indera Mahkota. Tempat ini di cadangkan oleh kawan Hubby. Tapi kedai/workshop yang kami nak pergi tu tutup. Hubby kemudian cuba untuk ke kedai yang disarankan oleh rakannya yang lain di kawasan Balok. Alhamdulillah...Kehadiran kami diterima walaupun ada beberapa buah kereta di sini. Ownernya pula melayu.
Kereta Hubby ni sebenarnya Hubby dah sedar problemnya sejak bulan Januari lagi. Namun ketara setelah balik dari Rompin tempohari. Kereta ni bila bergerak perlahan ada bunyi yang lain dari biasa. Sebelah belakang. Tapi bila dibawa laju 80km/j bunyi itu hilang. Lepas balik pada Rompin tu bunyinya semakin kuat walaupun bawa perlahan je... Hubby kata memang sah bunyi bearing!
Nampak gaya pomen tu nak baiki amatlah payah... bak kata orang Pahang "BABEL" betul..kikiki...kesian tengokkannya. Mau taknya..nak boleh ke buka bearing bukan main susah... Rupa bearingnya pun dah 'mak aihhhh' Camne nak cakap yerk... Bearing bulat² tu nampak. Tapi dia punya 'sarung' terlekat kat dalam tu...Itu yang buat kerja susah sangat². Tapi pomen tu rilek je... Walaupun sesekali kelihatannya macam nak hilang sabar. Pada asalnya nak ganti bearing bagi kedua² belah tayar kereta. Tapi sebab hari dah petang dan sebelah pun tak siap² walhal dah jam 4.45ptg. Maka setelah sedaya upaya, keluar juga 'sarung' tu ha... Lenguh tangan si pomen... Jadinya hanya sebelah kiri sahaja yang dibuat... Sebelah kanan yang tadinya tayar dah dibuka dipasang semula. Lain hari datang semula katanya. Jam 5.15ptg barulah semuanya selesai... Walaupun ambil masa @ susah nak buat tapi seronok tengok cara pomen² dan bos mereka bekerja. Gurau senda dan nampak ceria² je. Boleh bayangkan yang mereka ni kerja dalam suasana yang happy tanpa stress. Kalau pergi kedai cina selalu nampak mereka serius je....
Alhamdulillah. Kos untuk kerosakan pada hari ini :
Bearing + Kon + Oic (Maaf Ninie tak tahu ejaan yang betul. Senang cerita untuk 1set sebelah) = RM 85
Upah = RM 60 (Kebiasaanya pomen ni cerita dia caj RM30 je sebelah. Tapi sebab yang ini 'degil' sangat @ susah bebeno, maka dia caj mahal).
En. Hubby melihat pomen buat kerja...
Tayar sebelah kanan yang dibuka tapi xjadi ganti sebab kesuntukan masa.
Bersusah payah pomen ni nak keluarkan bearing tu...
Inilah kedai/bengkel yang kami pergi : BALOK SERVICE CENTRE
'Sarung' bearing yang payah bebeno nak dibuka tu...
Rupa bearing yang selamat di bawa keluar...haish...Alhamdulillah...Perjalanan kami selamat tanpa sebarang masalah.
Dah siap! Singgah masjid untuk solat dan lepas tu kita mamam..Perut lapar weh....