09.04.2014
Rabu
Jika diikutkan pada tarikh surat Ihsan sepatutnya menghadiri perlawanan hoki pada 17.04.2014 Khamis / esok. Namun menurut Ihsan yang jadul perlawan telah bertukar kepada hari ini. Ihsan merupakan salah seorang pemain/wakil bagi sekolahnya bagi permainan hoki. Wah... Mewarisi Mama dulu ni. Dulu Mama masa darjah 6 pun aktif bermain hoki tau... Tak percaya? Huhuhu...Mama siap cari gambar dan pingat kemenangan (tempat ke -2) tunjuk pada Ihsan.
Pagi ini Ihsan akan bergerak dengan Cikgu sekolahnya ke Padang Hoki Jerantut. Caiyok².
*Update : Mama balik kerja, Ihsan dah ada di rumah. Ihsan cerita yang sekolahnya mendapat tempat Pertama. Ada 8 game. Ihsan main untuk satu game sahaja sebagai penjaga gol sebab Ihsan takut bola. Haish...Ok la tu.... Selang beberapa hari Ihsan bawa pingat dan sijil yang diterima nya.
