Wednesday, 30 April 2014
Tahniah Muhammad Ihsan!
Posted by
Darling Ninie
at
22:00
Labels:
#AdliYanFamily,
#AdliYanFamily2014,
#Anak²AdliYanti,
#MuhammadIhsanMohamadAdli
Elektrik Tiada Tanpa Notis!
29.04.2014 Selasa
Aduhai...Notis takde...ribut tak ada... angin tak ada... Tiba² sahaja jam 9.00mlm elektrik terputus. Pergh... Sakitnya hati... Ada lagi baju nak di mesin ni ha...Mujurlah tadi jam 7.30ptg tergerak hati nak basuh/mesin kain baju sebab Ihsan beritahu ada baju nak dipakai ke sekolah esok. Kebiasaannya Ninie kalau basuh baju, baju sekolah anak² pastinya akan disidai di dalam rumah di tingkat atas dengan kipas terpasang dan keesokkan paginya dah kering terus boleh iron. Mujur juga baju Ihsan tu dah siap dibasuh tinggal sidai sahaja.
Rupa²nya elektrik di kawasan rumah guru kediaman kami dibawah ini sahaja yang ditutup! Hubby kata tempat lain terang benderang. Yang buat sakit hatinya... Elektrik ditutup jam 9.00malam dan dinyalakan kembali pada jam 12.30malam! Bukan main lagi yerk TNB ni nak buat OT. Katanya orang lain yang tutup dan orang lain yang datang baiki... Kerosakkannya adalah ada sebatang pokok betik yang jatuh atas wire elektrik dan menyebabkan wayar itu kendur dan hampir mencecah tanah. Memang tak selamat untuk kawasan kediaman kami. Mungkin sebab baru² ni hujan dan ribut agaknya...
Apa²pun terima kasih untuk TNB sebab dapat menjalankan kerja dengan jayanya....Alhamdulillah...
Semasa ketiadaan elektrik tersebut Hubby hidupkan enjin kecil untuk memudahkan anak² buat kerja sekolah terutamanya Khairina Basirah di ruang tamu rumah. Ninie gunakan lilin je untuk ke dapur dan kemana²...
Monday, 28 April 2014
Jalan² KLIBF 2014 Di PWTC, Kuala Lumpur
28.04.2014 Isnin
Sejarah untuk hari ini... Ninie bangun seawal jam 3.45pagi untuk iron kain baju sekolah anak² sebab kami sekeluarga sampai di rumah jam 01.30pg tadi...Huargh....Ngantuknya... En. Hubby ni memang nak kena babap ni...Suka sangat balik lewat²....
Hari ni Ninie mengikuti rombongan mak kiah ke PWTC, Kuala Lumpur...Pergi Pesta Buku untuk pertama kalinya... Tiada sasaran nak beli apa...Cuma sekadar nak rasai suasana di KlIBF 2014 sahaja.
Hari ini juga Ninie drive awal dari kebiasaannya. Jam 6.25pg dah panaskan enjin kereta..Anak² masih tengah bersiap² nak ke sekolah. Hari pun masih gelap. Anak² sila ke sekolah dengan Ayah hari ini ye...Mama nak ke tempat kerja terus dan nak cepat...
Jam 7.30pg, bertolak dari UiTM Kampus Jengka ke PWTC Kuala Lumpur untuk menghadiri Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF). Sampai di sana lebih kurang jam 11.00pg. Wah ramainya orang disini dengan rombongan sekolah² lagi...
Mundar mandir sana sini...Masuk booth itu ini.... Meriah rasanya dan lebih meriah kalau RM den tebal 6inci rasanya.Kikikiki...Berbaloilah jika membeli buku disini sebab setiap buku pastinya ada less. Ada juga yang dijual dengan combine buku. So harga memang murah lah berbanding kalau nak beli di kedai buku. Ninie Cuma melihat² sahaja dan terbeli juga sebuah buku Kamus Bergambar untuk si gegirl berkongsi dengan harga selepas less RM 15.25
Jam 5.30ptg kami bertolak pulang ke Pahang...
Pst...Pengalaman yang tak bestnya satu je...Kikikiki... Orang kampung macam Ninie ni masuk Bandaraya yang moden...Terpaksalah menahan minum sebab takut nanti nak membuang berikutan tandasnya yang moden bebeno. Dalam tandas tak ada kepala/pili paip ok! Cuma ada tuil untuk pancur air yang siap² basuhkan kita punya lepas membuang...Auuuu tak rela tau....Kikikiki...Mujur masa bersembahyang di suraunya ada tandas yang disertakan sekali dengan pili paip. Pergh...Lega.... (kikikiki...Nak tergelak pun ada mendengar pelbagai reaksi dan memek muka sesiapa sahaja yang baru keluar dari tandas di sini....Alahai...)
Sampai Bandar TAR Jengka jam 9.15mlm. Ninie balik ditemani Hubby yang datang jauh dari rumah semata² nak temankan Ninie balik rumah. Kami singgah makan sebentar. Si gegirl semuanya ikut kecuali Ihsan sebab ada kelas tambahan. Tq Dear...Love You Deep,Deep....Muuuah!
Sunday, 27 April 2014
Mandi Di Sg. Jin, Sg. Lembing
27.04.2014 Ahad
Tanpa rancangan awal! Pergh.... Itulah En. Hubby Ninie...Nak pergi mana sesuka je on the spot! Habis rancangan nak tidur sepanjang hari...Muah hahaha.... Hari ni Hubby ajak berjimba di Sg.Lembing pula. Nak mandi sungai. Sebelum ni aktif mandi laut kan. Hari ni ubah mood ke mandi sungai pula. Hello sana, hello sini...Rancangan jadi!...Haish.... capai je la apa yang patut...
Jam 12.00tghari kami selamat sampai di Sg. Jin, Sg. Lembing, Kuantan,Pahang setelah dibawa oleh Azmi Tawil merentasi beberapa anak sungai... Fuh...lega...Makanan? Tapau je senang...hihihihi...Ninie tak mandi pun. Enggak mahu sebab tahu airnya kompem sejuk! Ramai juga orang di sini hari ini. Masing² duk mandi sungai siap ada yang berBBQ lagi...
Posted by
Darling Ninie
at
18:00
Labels:
#AdliYanFamily,
#AdliYanFamily2014,
#AdliYanFamilyOutdoorActivity,
#Anak²AdliYanti
Jalan² Di Muzium Sg. Lembing
27.04.2014 Ahad
Dah siap mandi sungai...Najib ajak jalan² di Muzium Sungai Lembing. Hubby on je... Mana tahu ada yang dah berubah di dalamnya kan... Sebelum tu sesaja je menyinggah di Lombong Biji Timah Bawah Tanah, Sungai Lembing (Tai Pei Tong). Pose sekeping dua di pintu gerbangnya jadi la...Ok...Jom kita ke Muzium pula...
Yang ketara kelihatannya dinding /perkataan Muzium Sungai Lembing yang dulunya besaiz besar dah bertukar menjadi saiz kecil sahaja.Kikiki...Kalau rabun kompem tak nampak... Masuk je ke pintu pagar nampak bangunan di sebelah kiri yang menjual tiket. Dulu² (tak ingat tahun bila) last kami sampai di sini, tiketnya perlu dibeli di dlam bangunan muzium. Sekarang dah dibuat bangunan khas untuk membeli tiket. Tandasnya juga di bangunan ini.Kena bayar 30sen sekali masuk tau...Dolu² kat bangunan muzium tu free je... So sila buang apa yang patut disini sebelum meronda² di atas sana.
Tak banyak sangat perubahannya..Apa yang pernah dilihat dahulu begitulah juga hari ini... Tapi yang Ninie perasan papan tanda tandas ada kat bahagian luar...Sekarang tak ada! Terfikir pula...tandas tu dulu sekarang jadi apa ye.... hihihihihi..bangunan yang menempatkan tandas dan mungkin juga ruang pejabat macam dah dilarang untuk pengunjung. Kenapa Ninie mencari² tandas? Hahaha..sebab tak mau bayar harga 30sen kat bawah sana tu...Muleh tak cenggitu...wakakaka...30sen pun nak berkira kan... Mau taknya.. Masa nak turun si gegirl semuanya nak pi toilet..Campur Ninie dah jadi RM1.20...
Ok lah... Sekitar gambar kami di sini....
Posted by
Darling Ninie
at
17:30
Labels:
#AdliYanFamily,
#AdliYanFamily2014,
#AdliYanFamilyJalan²,
#Anak²AdliYanti
Subscribe to:
Posts (Atom)