"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday, 2 September 2013

RESEPI : Popia Horlicks



Bahan² :
1 Bungkus Kulit Popia (500g)
Sedikit tepung gandum dicampurkan dengan air untuk melekatkan kulit popia
Lidi untuk memudahkan kerja² penggulungan kulit popia
Minyak untuk menggoreng

Bahan² B :
2 Cawan Horlicks
* 1 Cawan Nestum
* 1 Cawan Gula
Sila kisarkan (*) agar menjadi halus

Cara²nya : (Gambar berkaitan ada di bawah)
1. Ceraikan kulit popia satu persatu
2. Gulung kulit popia menggunakan lidi tapi jangan paksa, layankan aja..nanti jadi padat payah nak tarik keluar lidi tersebut. Kemudian gamkan menggunakan tepung gandum di penghujungnya.
3. Guntingkan menyerong kulit popia tersebut.
4. Gorengkan dan tos serta sejukkan
5. Bila dah sejuk, ambil bekas @ tupper ware letakkan bahan yang telah dikisarkan tadi (Bahan B) kesemuanya dan masukkan popia yang telahpun sejuk dan goncang²kan agar sebati... Nak lebih sedap, tambah lebih horlicks. Tapi tak digalakkan untuk yang berniaga la...Horlicks kan mahal.. Ninie makan sendiri je...sebab tu Horlicksnya lebih...

Bagi Ninie ini adalah cara membuat Popia Horlicks/ Nestum yang mudah... Ada juga yang gunting kulit popia menjadi kecil, kemudian baru digulung... Bagi Ninie, ianya leceh... Tak apalah..ikut kesesuaian masing²....







Kulit popia yang Ninie gunakan sebab masa nak beli hari tu tinggal jenis yang ini sahaja. Ikut citarasa anda... :)