01.09.2013 Ahad
Malam ni saje je Mama suruh anak² gegirl ni melukis...Lukislah apapun... Mama tak kisah...Janji Mama, Mama akan masukkan gambar anak² Mama ni dalam komputer. Bukan main teruja lagi mereka.... Selama ni pun memang anak² bertuah ni suka sangat bermain dengan kertas... habis dah berim² dah rasanya... setiap minggu mesti lebih 12pcs kertas putih saiz A4 yang dibuang ditepi rumah tu....
Anak² Mama ni memang tak ada Ipad/ gadget² yang canggih macam anak² zaman sekarang ni ada... Tak apalah... Anak² Mama tetap membesar sepertimana kanak² lain... bermain di waktu petang samada berbasikal mahupun berlari sana sini/ bermain pondok²/ berbuaian di hadapan rumah/ bermain nyorok² dan sebagainya.... Along pula begitu juga. Yang ada cumalah PS3 itupun hanya dimain oleh Along sesekali Adik. Twin? Tak ambil port setakat ini.... Main pun cuma waktu cuti sekolah sahaja... Jumaat petang hinggalah hari Ahad. Hari² persekolahan...GAME NOT ALLOWED!
Hasil lukisan Kakak (KHALISAH BATRISYIA)
Hasil lukisan 2nd twin (KHAIRINA BASIRAH)
Hasil lukisan Adik (AQILAH QISTINA)
