"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Wednesday 16 September 2015

Si Gegirl Pembantu Cilik Selepas Ihsan

16.09.2015 Rabu

Hari ni dah masuk hari ke 8 Mama kurang sihat dan memang tak boleh nak buat kerja² berat. Ikutkan kena berehat je... @ tidur je... Haish... Kalau macam tu habis bertambah berkecah lah rumah dibuatnya. Kain baju pun berapa hari tak berusik basuh. Penuh satu mesin tu siap kena mesin sekali lagi pula....

Hari ini kebetulan cuti sekolah (Hari Malaysia)... Jadi si gegirl la pembantu Mama hari ni. Jikalau tahun lepas Ihsan... Tapi Ihsan pun pandai, diagih²kan kerja diantara adik²nya si gegirl ni...

Khalisah uruskan sidai kain baju sekolah dibelakang rumah biar cepat kering sebab sekarang ni hujan petang. Siap Mama ingatkan agar rajin² tengok cuaca, kalu hujan cepat² pergi angkat. Kalau tak hujan pukul 5ptg sebelum pergi main kena angkat kain dulu. Nampaknya Kakak faham... Petang kain siap berangkat sebelum dia keluar bermain.

Khairina dan Aqilah uruskan kain baju di hadapan.... Membebel dan mencebik 2orang ni kalau disuruh buat kerja. Memang agak 'berat tulang" asyik kena pantau dan diingatkan selalu. Kalau tak, belum pun siap kerja dah masuk berehat dengan alasan penat! Kalau dan berehat bukannya seminit dua. Maunya pergi hampir 1/2jam! Aduhai anak. Cebik² membebel² akhirnya siap juga.

Alhamdulillah... Terima kasih kepada pembantu² cilik Mama ni ye....