"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday 27 April 2014

Jalan² Di Muzium Sg. Lembing

27.04.2014 Ahad

Dah siap mandi sungai...Najib ajak jalan² di Muzium Sungai Lembing. Hubby on je... Mana tahu ada yang dah berubah di dalamnya kan... Sebelum tu sesaja je menyinggah di Lombong Biji Timah Bawah Tanah, Sungai Lembing (Tai Pei Tong). Pose sekeping dua di pintu gerbangnya jadi la...Ok...Jom kita ke Muzium pula...

Yang ketara kelihatannya dinding /perkataan Muzium Sungai Lembing yang dulunya besaiz besar dah bertukar menjadi saiz kecil sahaja.Kikiki...Kalau rabun kompem tak nampak... Masuk je ke pintu pagar nampak bangunan di sebelah kiri yang menjual tiket. Dulu² (tak ingat tahun bila) last kami sampai di sini, tiketnya perlu dibeli di dlam bangunan muzium. Sekarang dah dibuat bangunan khas untuk membeli tiket. Tandasnya juga di bangunan ini.Kena bayar 30sen sekali masuk tau...Dolu² kat bangunan muzium tu free je... So sila buang apa yang patut disini sebelum meronda² di atas sana.

Tak banyak sangat perubahannya..Apa yang pernah dilihat dahulu begitulah juga hari ini... Tapi yang Ninie perasan papan tanda tandas ada kat bahagian luar...Sekarang tak ada! Terfikir pula...tandas tu dulu sekarang jadi apa ye.... hihihihihi..bangunan yang menempatkan tandas dan mungkin juga ruang pejabat macam dah dilarang untuk pengunjung. Kenapa Ninie mencari² tandas? Hahaha..sebab tak mau bayar harga 30sen kat bawah sana tu...Muleh tak cenggitu...wakakaka...30sen pun nak berkira kan... Mau taknya.. Masa nak turun si gegirl semuanya nak pi toilet..Campur Ninie dah jadi RM1.20...

Ok lah... Sekitar gambar kami di sini....