"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tuesday 22 April 2014

Birthday Aqilah Merangkumi Birthday Kesemua Anak² Tersayang

22.04.2014 Selasa

Hubby mula busy dengan Persatuan Kadet Polis sekolahnya. Hari ini dah mula perkhemahan peringkat daerah di Kem Pedah, Jerantut,Pahang sehingga hari Khamis 24.04.2014 nanti. Urusan persekolahan anak² akan diuruskan oleh Atuk & Nenek mereka. Petang balik dari kerja nanti Mama terus pergi ambil.

Hari ini juga merupakan hari lahir anak Mama yang bongsu si Aqilah Qistina. Adik ni siap menjenguk² kalender dari minggu lepas lagi. Siap request nak kek lagi. Haish...Macam lah makan sangat kek tu. Tapi takpe sebab Mama dah janji nak combine sekali dengan Ihsan,Khalisah & Khairina kan. So Mama dah order siap² Kek Red Velvet +-1kg dengan harga RM50. Pergh... Terbatuk rasanya Mama dengar harga Kek. Tak apalah sebab 4orang terus sekali satu kek kan.

Malam ni Ayah tak join sebab pergi camping. So kami mamam² kek kat rumah Atuk&Nenek ajalah... Yang buat Mama agak nak ‘angin’ nya...Kek tu buat syarat nak dipotong je...Kemudian bergambar..Akhirnya tak dimakan pun....Kecil besar,kecil besar je kalian ni Mama tengokkan. Rasa Cuma 2,3 suap terus tak mahu dah...Argh...Hakikatnya anak² bertuah Mama ni memang bukan peminat kek punnnnn..... Ni dah masuk katogeri membazir! Atuk cakap lain kali beli je kcupcake sorang satu...Jimat...So, mulai tahun depan...kek cawan le je jawabnya....

Apa²pun...Semoga kalian menjadi anak² yang soleh dan solehah...Bahagia di dunia dan juga di akhirat.... Membahagiakan sesiapa sahaja yang berada di kalangan kalian serta senantiasa diredhai, dilindungi dan bawah naungan Allah S.W.T...Amin...






* Ihsan tak ada dalam gambar sebab dah pergi kelas tambahan.
* Si Hubby pun tak ada sebab hari ini strat perkhemahan Kadet Polis Peringkat Daerah di Kem Pedah, Jerantut, Pahang. Gambar kat bawah ni Mama ambil masa Ayah datang jumpa Mama di Bandar Jengka selepas waktu office. Kami pergi mamam dulu...