"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tuesday, 17 September 2013

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 13 Suamiku... ♥

17.09.2013 Selasa

Ya Allah, Tuhan yang telah menyatukan dua hati ini,
Engkau cambahkanlah ke dalam hati kami ini perasaan kasih sayang antara satu sama lain sebagaimana engkau satukan hati Nabi Muhammad SAW dengan Saiditina Khadijah R.A
Ya Allah... Ya Tuhan ku...
Berkatilah, Rahmatilah, Lindungilah serta limpahkanlah Kurniaan Mu yang tidak bertepi buat keluarga kecil kami ini agar dapat menuju ke Syurga Mu yang abadi....
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 13 Suamiku : 
MOHAMAD ADLI BIN ABDUL GHANI
♥Love You Till Jannah.. ♥ In Sha Allah...

Monday, 16 September 2013

Gambar En. Hubby Sepanjang Program Simposium Guru-guru Kor Kadet Polis di Pusat Latihan Polis Rantau Abang, Terengganu

Sekitar gambar En. Hubby sepanjang program Simposium Guru-guru Kor Kadet Polis di Pusat Latihan Polis Rantau Abang, Terengganu bermula 13.09.2013 Jumaat hingga 16.09.2013 Ahad.

Kata En. Hubby, Simposium ni best sebab tak le 'straight' sangat macam yang PVR. Almaklumlah... untuk Pegawai.... PVR Konstabel je...huhuhu....








Tentatif Program

Tiap² pagi mesti senam robik dulu...











Bersama salah seorang anggota Komando VAT69. Salah seorang yang masuk dalam pembikinan :
Dokumentari Sejarah Penubuhan Skuad Komando VAT 69

Suasana di Dorm Mess Pegawai...





Hari terakhir... Jejalan Bandar Terengganu dahulu....





Happy Anniversary Dear...- 13years

16.09.2013 Isnin

Hari ni Abang baru je habis program Sepanjang Program Simposium Guru-guru Kor Kadet Polis di Pusat Latihan Polis Rantau Abang, Terengganu...

Petangnya, Abang cakap nak stay je kat Kuantan rumah ibu bapanya sebab esok Selasa, Abang dapat cuti. Urm... tension jap dibuatnya... Jam 8.30malam, lepas melayan anak² makan malam, dapat panggilan dari Abang. Bagi anak² berbual² dengan si Ayahnya dulu...Lepas tu, anak² beritahu.."Mama, Ayah nak cakap"... Tengah duk berbual dalam phone, tiba² nampak orang melangkah masuk dalam rumah (Pintu rumah masih belum dikunci). Terkejut pada mulanya...bila kaki tu terus melangkah, acis betullah! My Beloved Husband rupanya... petang tadi bukan main kata nak balik esok, rupa²nya dia buat suprise... Katanya... Esok tarikh anniversary kita kan? Tapi takkan Abang nak tunggu dalam kereta sampai pukul 12.00malam pula? Kita ikut kiraan Islam la ye... Masuk waktu Maghrib kira dah hari esoknya la kan?..." .... Anak² yang happy lelebih... mana taknya siap ada kek dan KFC lagi....

Terima kasih sayang.... Muahhhhh!
Kek strawberi... sedap sangat²... 3 layer jem kat dalam tu....
Our Anniversary : 17.09.2013 Selasa

Friday, 13 September 2013

En. Hubby Ke Terengganu

13.09.2013 Jumaat


Jikalau pagi² tadi sebelum Subuh Ihsan dah pun bergerak ke Pulau Pinang seawal jam 4.00pagi. Kali ini Mama pula hantar Ayah ke IPD Jerantut untuk Ayah mulakan destinasinya ke PULAPOL di Rantau Abang, Terengganu untuk menghadiri Simposium Guru-guru Kor Kadet Polis. Ayah ambil pilihan nak naik kenderaan Polis yang disediakan. Sampai di Jerantut jam 7.55pagi, Ayah bergerak jam 8.30pagi... Elok je Ayah bergerak, Mama terus meluncur ke tempat kerja. Sampai jam 9.45pagi. Mujur Mama dah minta izin dari Bos awal² semalam.

Jadinya untuk hari ini, Atuk & Nenek yang uruskan anak² gegirl Mama ke sekolah. Bermula malam ini juga, tinggallah kami 4 beranak sahaja.... urm... sedikit² takut juga. Almaklumlah tiada lelaki...kami anak beranak semuanya perempuan je...

Apapun, harapannya kedua²nya, En. Hubby dan Ihsan selamat pergi dan juga pulang. Ihsan dijangka pulang pada 15.09.2013 Ahad, manakala En. Hubby pada 16.09.2013 Isnin (Cuti Hari Malaysia tu..)

Ihsan Ke Penang

13.09.2013 Jumaat

Semangat sungguh Ihsan nak ke Pulau Pinang & Perak mengikuti rombongan sekolahnya... Sekejap² diingatkan Mama agar tak terlupa nak mengejutnya jam 2.30pagi nanti sebab bas dijangka bergerak pada jam 3.30 pagi.

Disebabkan Ihsan, Mama tidur sambil kunci alarm di handphone. Tapi tidur Mama tak nyenyak, sekejap² terjaga... Takut pula nanti tak sedar. Kesian pada Ihsan nanti... Jam 3.00pagi baru Mama ke jutkan Ihsan bangun. Agak liat juga..geram je nak simbah dengan air... Mujur bangun. Mama dah ngantuk giler sebab tidur² ayam je. Elok je Ihsan dah bersiap, kejutkan pula si Ayah yang nampak nyenyak betul tidurnya... Mama & Ayah je yang menghantar Ihsan ke sekolah. Adik² lain sedap sangat tidurnya, kami tinggalkan sebentar. In Sha Allah... tak terjaga.Lagipun dah besar²... no more lagi bangun tengah malam minta susu.... wink3x.

Menurut Ihsan, rombongan ni sebenarnya untuk murid² tahun 6 sahaja. Namun terdapat kekosongan tempat duduk, maka Cikgu buka 4seat kosong untuk pelajar lelaki kelasnya sahaja (Kelas 5 Fatanah). Bukan main seronok lagi Ihsan bila Ayah bagi keizinan dengan bayaran sebanyak RM150. Jika dilihat pada tentatif perjalanannya nampak begitu seronok....

Ihsan kali ini Mama bagi kepercayaan untuk menggunakan hanphone untuk beritahu Mama khabar beritanya di sana nanti. Lagipun Ihsan dah besar.... Bukan main lagi Ihsan rajin duk SMS Mama beritahu dan juga tanya itu ini. Nampak dia 'happy' masa berada di sana. Cuma Ihsan tak bawa kamera untuk mengambil gambar kenang²an di sana. Kenangan cuma terakam di memori ingatannya sahaja. Tak apalah....

Jam 6.15pagi, Ihsan SMS memberitahu yang tayar bas nya meletup dan sedang dibaiki di Petronas Bandar Jengka. Namun tiada masalah lainnya dan semuanya dalam keadaan baik² sahaja.... Doa Mma agar Ihsan selamat pergi dan juga pulang...

Gambar Ihsan semasa nak bergerak ke Pulau Pinang....


4 orang termasuk Ihsan Cikgu aturkan duduk di bahagian hadapan....

2biji bas yang digunakan untuk membawa murid² lelaki dan juga perempuan.

Wednesday, 11 September 2013

Mengajar Si Anak Menggunakan Telefon...

11.09.2013 Rabu 

Khalisah dan Ihsan lama dah tidur.. Penat sangat agaknya dengan latihan sukan sekolah setiap petang. Malam ni Mama datang mood rajin nak menaip no. telefon bagi ditampalkan di dinding rumah. Nak ajar anak² cilik ni menggunakan telefon.

Siap print, laminate lagi, Mama tampalkan di dinding. Yang masih berjaga Khairina dan Aqilah. Mama suruh mereka berdua ni dail no. telefon Mama dan Ayah... Bukan main seronok lagi mereka berdua ni. Tapi.... hampir 10kali mencuba, yang berjayanya cumalah dua je... sebab terkial² nak ingat nombor dan tekan. Lambat sikit je terus putus. Haish... Mama pun jadi naik frust. Aduhai anak....



Ha ini gaya Khairina bila berjaya mendail no. telefon Mama. Gembira bukan kepalang sebab beberapa kali duk dail asyik putus sebab terkial²... Dah²... lain kali pulak. Masuk tidur....

Monday, 2 September 2013

RESEPI : Popia Horlicks



Bahan² :
1 Bungkus Kulit Popia (500g)
Sedikit tepung gandum dicampurkan dengan air untuk melekatkan kulit popia
Lidi untuk memudahkan kerja² penggulungan kulit popia
Minyak untuk menggoreng

Bahan² B :
2 Cawan Horlicks
* 1 Cawan Nestum
* 1 Cawan Gula
Sila kisarkan (*) agar menjadi halus

Cara²nya : (Gambar berkaitan ada di bawah)
1. Ceraikan kulit popia satu persatu
2. Gulung kulit popia menggunakan lidi tapi jangan paksa, layankan aja..nanti jadi padat payah nak tarik keluar lidi tersebut. Kemudian gamkan menggunakan tepung gandum di penghujungnya.
3. Guntingkan menyerong kulit popia tersebut.
4. Gorengkan dan tos serta sejukkan
5. Bila dah sejuk, ambil bekas @ tupper ware letakkan bahan yang telah dikisarkan tadi (Bahan B) kesemuanya dan masukkan popia yang telahpun sejuk dan goncang²kan agar sebati... Nak lebih sedap, tambah lebih horlicks. Tapi tak digalakkan untuk yang berniaga la...Horlicks kan mahal.. Ninie makan sendiri je...sebab tu Horlicksnya lebih...

Bagi Ninie ini adalah cara membuat Popia Horlicks/ Nestum yang mudah... Ada juga yang gunting kulit popia menjadi kecil, kemudian baru digulung... Bagi Ninie, ianya leceh... Tak apalah..ikut kesesuaian masing²....







Kulit popia yang Ninie gunakan sebab masa nak beli hari tu tinggal jenis yang ini sahaja. Ikut citarasa anda... :)