"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Wednesday, 9 May 2018

Bertugas Di PRU14

09-05-2018 Rabu
PRU 14 - P084 Paya Besar - N18 Lepar
Tempat Bertugas - SMK Lepar Utara

En Suami sejak semalam (08-05-2018/Selasa) dah mula sibuk kerana bertugas sebagai Ketua Pusat Mengundi (KTM). Seawal jam 6.45pagi sudah bergerak ke Kuantan untuk mengambil peti undi... Bermalam di Bandar Jengka sebelum masuk semula ke Lepar Utara sebelum subuh pada 09-05-2018/Rabu untuk bekerja di Pusat Mengundi bagi PRU14 di SMK Lepar Utara.

Alhamdulillah kerja² kami sebagai petugas di PRU14 dipermudahkan. Ninie bekerja sebagai Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM)... Pengalaman pertama untuk diri sendiri di samping rakan² sekerja lain yang ceria² semuanya... Kaki agak lenguh sedikit sebab berjalan/berdiri....  En. Suami sibuk sebagai Ketua Pusat Mengundi (KTM) di saluran 1-Warga emas.... Nak makan pun tak sempat.... Nak bergambar bersama apatah lagi....

Di Lepar Utara pusat mengundi ditutup pada jam 4.00petang.... En.Suami terus ke Kuantan bersama petugas lainnya untuk menghantar peti undi selepas kiraan udi selesai dan bermalam disana...

*Penat tetapi "happy" gitu....





Tuesday, 1 May 2018

RESEPI : Kuih Vadai Lembut dan Mudah

01-05-2018 Selasa

Mood nak buat kuih datang petang ni... nyum² di tekak Mama dan anak². Sekejap je habis....

Bahan²:
1 cawan kacang dal - direndam selama 1jam
1/2 cawan daging ayam kisar
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam, serbuk perasa dan gula

Cara² :
1. Toskan air rendaman kacang dal kemudian di kisar menggunakan pengisar kering. Kisar jangan terlalu halus dan jangan terlalu kasar.
2. Kisar bawang merah+bawang putih
3. Gaulkan sebati kesemua bahan yang ada
4. Goreng didalam minyak yang panas dengan api yang sederhana. Bentuk²kan pakai tangan/jari sahaja.