21.12.2014 Ahad
Lokasi : Tanjung Piai, Kukup, Pontian, Johor
Sedikit Info Mengenai Tanjung Piai :
Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor , Malaysia.
Kini Tanjung Piai menjadi nama kawasan pilihan raya di Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai parlimen Pontian.
Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langir Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor. Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia.
Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur . Sebuah mercu tanda telah dibina di sini bagi menandakan 'Tanah Terselatan Benua Asia]' yang dibina pada 2001. Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini dibina oleh kerajaan negeri Johor. Warna kelabu pada mecu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya pakau dan dataran lumpurnya.
Dua pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini. Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanjung_PiaiAlhamdulillah... Akhirnya kami tiba di sini. Dulu pernah nak singgah sini tapi sampai dah waktu malam. Kawasan ini tutup. kali ini Hubby nak repeat ke tempat ini bersama anak² dan kali ini kompem waktu siang. Sampai je di Pontian dah waktu malam. Jadi perkara pertama kami sampai di sini ialah nak cari tempat tidur. Letih sangat² dah rasanya duduk dalam kereta ni ha.
Beberapa hotel bajet diterjah berpandukan carian lokasi dalam internet dan juga garmin. Kebanyakkannya dah penuh. Yang kosong selalunya katil besar 2 biji. Harga mostly RM150 dan ke atas. Namun Alhamdulillah ada rezeki kami, ORCHID VALLEY HOTEL menjadi tempat penginapan kami. Ruang biliknya juga amat luas dan selesa dengan kadar harga RM 120. Memang puas hatilah....
Dah siang! Jom kita gerak! Hihihi... Memang kompem lah arah tujuannya ke Tanjung Piai yang lokasinya lebih kurang 27.9km @ 30minit. Kami sampai dah hampir tengahari dalam jam 11.30pagi. masa beli tiket tu kedengaran di walkie talkie menyatakan jalan untuk ke mercu tanda (globe) airnya masih pasang dan masih belum surut. Dijangka surut dalam jam 12++tgh.
Berbincang dengan hubby, alang² dah sampai sini, tak apalah... kami jalan slow² mana tau... nanti² kami sampai sana airnya dah surut dan boleh dilalui... Jom anak² bertuah....
Tapi masih belum rezeki kami.... kawasan yang kami tujui masih lagi digenangi air laluannya.... So kami rehat² di bawah gazebo yang ada. nak ke gazebo tu pun nak kena redah air yang paras bawah lutut... Haish... Tinggi juga la nak mengangkat kain ni....
Hampir 1jam melepak², tak boleh jadi ni... nak tunggu air betul² surut mesti makan masa yang lama.... Dari tempat kami melepak ni boleh nampak sekumpulan keluarga yang meredah air untuk ke globe tu. Masa tu paras air kelihatannya paras peha dewasa. Namun masa mereka nak keluar dari situ, air paras bawah lutut dah. jom je la kata Hubby alang² dah sampai sini.
Anak² gegirl sepanjang jalan mulut mereka agak riuh. Mungkin teruja sama. Pantang je nampak benda bergerak dan pelik sikit... Mesti ada soalan yang keluar dari mulut tu ha. Sepanjang laluan tu banyak pokok² bakau... Terdapat spesis² makhluk alam yang tak pernah mereka lihat. So memang teruja la nak tahu. Itu beum lagi sesekali mereka berlari di atas jambatan. Haish..... Geram nak cubit pun ada melihatkan perangai masing².
Jom.... Memang nak kena angkat kain, lipat seluar jugalah masing² dan kena hati² sebab laluannya yang agak licin. Panas tolak ke tepi dah waktu ini... Siap bergambar...Apalagi... Jam pun dah 12.50petang. Jom kita ke lokasi seterusnya... Ke mana? Next entry ye....
2 katil saiz besar dan ada tambahan 1 katil bujang di atas lantai.
Yeay! Dah sampai....
Dah siap² bergambar, jom kita ke dalam... Silakan bayar tiket dulu ye... Harganya :
RM 5 - Dewasa
RM 3 - Pelajar 18tahun dan ke bawah serta warga emas 60 tahun dan ke atas
*Kanak² di bawah umur 6tahun adalah percuma
Waktu Operasi : 9.00pagi hingga 6.30petang ye....
Jika anda nak dapatkan Sijil sebagai kenang²an, RM 5 untuk 1 sijil tau.... Sekejap je siapnya....
Nak ke Gazebo lepak² sementara tunggu air di sana (globe) surut.
Kat belakang kami itulah tempat yang nak ditujui nanti.
Jom redah air! Nak bergambar juga.....kikiki....
Sampai akhirnya. Mujur tak ramai sangat orang waktu ini. Ada 2 family je... Tapi bila tengok makin ramai yang datang, kamimpun cepat² ambil port bergambar... Selesai... jom kita gerak!
Ha tengok tu... 3 beranak ni... Melompat pula... Kang roboh jambatan baru tau....
Bye... bye...tata titi tutu....