19.12.2014 Jumaat
Ha... Nak kemana? Jikalau tadi (rujuk entry sebelumnya) kami melepak di Pantai Port Dickson, sekarang kami dah selamat sampai di Alive 3D Art Gallery,Port Dickson, Negeri Sembilan. Tak susah nak cari... Macam biasa guna GPS/GARMIN/WAZE je... Kompem jumpa. Al maklumlah teknologi sekarang serba canggih. Pandai/mahir nak guna @pun tidak je.
Oleh kerana kami datang bukan musim cuti hujung minggu/cuti umum/cuti sekolah, maka keadaannya tidaklah begitu sesak... Biasa² sahaja. Tengok luarannya macam best je sebab ramai juga blogger² yang buat entry berkaitan tempat ni.
Tapi..... Melangkah je masuk di sini... Lepak² kejap...lepas lelah dan tengok keadaan sekeliling... Rupa²nya ada beberapa peraturan yang perlu diikuti @ jika tidak tak dibenarkan masuk... Uwa... pasal apa la takde pula terbaca cerita pasal ni di FB @ blog? @ Ninie yang tak perasan?
1. Bagi kanak² ada had ketinggian yang membolehkan mereka tak perlu nak bayar tiket. Sila ukur tinggi anak² anda di ruangan yang disediakan ye... Anak² Ninie semuanya kena bayar tau!
2. Sila pakai selipar jepun sahaja ye bagi memudahkan anda kompem² boleh masuk ke sini. Rugilah kalau datang dari jauh melawa dengan kasut tumit tinggi bagai tapi tak boleh nak masukkan kan kan... Peraturan di sini kasut anda tak boleh tinggi 1 inci walaupun flat/rata je tapaknya apatah lagi kasut tumit tinggi. Sila alert! - Nasib baik selipar Hubby ada spare dalam kereta. So Hubby pakai kasut, Ninie pakai selipar Hubby... Jika tidak anda bolehlah membeli selipar kat sini dengan harga RM10 ye.... Alang² tu boleh dibuat sourvenier terus kan... hihihi
Selesai 2 perkara di atas... Boleh beli tiket dengan kadar bayaran :
RM 15 / Dewasa
RM 10/ Kanak²
Jumlah bagi kami berenam = RM 70
* Waktu operasi : 10.30pagi hingga 11.00malam
Dah masuk kena bayar mahal²... Nak tak nak setiap gambar yang ada kami rela tunggu hingga tak ada orang untuk membolehkan kami berposing. Nasib baiklah hari ini orang tak berapa ramai sangat. Maksudnya tak perlu nak tunggu lama².
Sekitar gambar kami di Alive 3D Art Gallery,Port Dickson, Negeri Sembilan... Layan ok...Anak² bertuah yang sebelum ni tak berapa nak minat bergambar pun bukan main teruja lagi nak berpose mengalahkan Mama Ayah nya kali ini. Siap gaduh² manja lagi... Haish....
*Selesai di sini... Jom kita pulang... Ke rumah My Sister In Law di Kuala Lumpur....
Ha muka pintu/bangunan Alive 3D Art Gallery ni... Dah keluar dari sini baru bergambar...
