04.05.2014 Ahad
Hari ini sebenarnya tiada perancangan nak ke mana². Tiba² Hubby ajak keluar jalan²/pusing² katanya...Kami anak beranak on sahaja. Jam 11.30pg kami bergerak keluar dari rumah dan Hubby terus drive ke masjid besar. Katanya saja je nak singgah jalan² kat sini. Masa kat parking aduhai...penuhnya kereta. Tingkap kereta dibuka sedikit...Wah... Terdengar ceramah agama dari corong/speker yang ada mungkin ceramah dari dalam masjid. Suara UAI!
Beberapa minit menunggu, Alhamdulillah...Kami dapat tempat untuk meletakkan kenderaan. Hubby ajak kami jalan² di tapak karnival. Macam² ada dijual disini yang pastinya seperti kain baju, jubah, kopiah, minyak² wangi, madu, handsock dll. Juga terdapat pameran dari agensi² lainnya selain dari Pusat Zakat Pahang. Dan yang menariknya kawasan ini sepanjang tapak karnival adalah Zon larangan merokok dan juga Zon menutup aurat. Alhamdulillah...Sememangnya tidak kelihatan mana² wanita yang terdedah aurat dari segi rambutnya....
Kami sekadar berjalan² di sini. Apa yang menarik perhaian Ninie adalah booth yang terdapat Arnab² comel dan juga booth memanah! Jika diikutkan banyak aktiviti yang dijalankan disini. Dari 01.05 hingg 04.052014 (Isnin hingga Khamis). Mungkin tahun ini kami tak berkesempatan nak mengikuti. In Sha Allah...Mungkin tahun ada lagi... Jom ye Abang.... wink3x... Setelah memusing² di sini, kami terus bergerak ke ECM. Untuk apa? Jom....