"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Saturday, 24 May 2014

Mr. DIY Kini Di Jerantut

24.05.2014 Sabtu

Hubby bercadang nak balik ke Kuantan pada minggu ini. Namun berikutan Ihsan ada pertandingan mewakili sekolah KAFA di Ulu Jempol, maka perancangan bertukar. Tambahan pula menurut Ihsan lagi esok (Ahad) dia ada latihan sempena sambutan Hari Guru SKLU1 pada Isnin nanti. Makanya hari ini En. Hubby ajak keluar ke Jerantut sahaja....

Lokasi yang dituju mula² sampai di Bandar Jerantut... Hubby bawa ke Mr. DIY... Wah... Kat sini pun ada rupanya... Menurut Hubby Mr. DIY ni baru sahaja dibuka...Besar pula tu... Wah seronoknya walaupun tak tahu tujuan/benda apa yang nak dicari. Apa²pun jom kita singgah dulu. Beli @ tidak belakang kira okay! Jom....

Macam² ada kat sini... Hubby yang semangat belek itu ini... Ninie kurang sikit... Anak² sigegurl bukan main lagi kesana kemari... Suara mereka je duk bergema kat dalam ni ha... Mr. DIY kat sini 2tingkat tau... Bahagian bawah menempat peralatan dapur, perkakasan macam skru driver, hammer... jam dll..  Bahagian atas pula ada towel @ barangan kraf, alat tulis, mainan dll. Silalah berkunjung ke sini ye.... Temapatnya mudah je... Ala... macamana ye nak cakap sebab ni bangunan baru... Kalau datang dari Masjid besar tu ikut jalan utama... Straight je ke depan kemudian pandang sebelah kanan jalan sure nampak sebab besar  jga signboardnya tu... Warna kuning lagi....

Apa yang Ninie beli? Ha.... tak plan nak beli pun tapi terbeli juga... Cover papan iron (nak ganti yang koyak di rumah tu ha...) needle/jarum, bateri kecil untuk jam tangan dan juga pisau seramik yang comel. Harga? tengok gambar di bawah ni ye.... Si gegirl beli 'buih²'..huhuhu... belon sabun..RM1.50/pcs. Tak sempat nak ambil gambar....