16.03.2014 Ahad
Lepas ambil Ihsan tadi Hubby laju je menuju ke Pantai Sepat sebab nak jumpa rakannya... Tadi pagi ada pertandingan GP Joran di sana...Sempat kami meninjau² sebelum ambil Ihsan... Entah berapa kilometer pemancing² duk memamncing sebab kelihatannya sepanjang² pantai... Meriah je...
Masa kami sampai GP Joran telah pun selesai... Berbual² sekejap dan minum petang, kami beredar. Sampai rumah dah jam 4.00ptg. Hubby nampaknya keletihan terus masuk bilik tidur. Hahaha...Tak lama, Ninie pun tidur. Kami bertolak pulang ke rumah selepas solat Maghrib lebih kurang jam 8.15mlm. Namun semasa dalam perjalanan, Hubby menerima panggilan telefon dari rakannya ajak minum. Sifat Hubby ni agak payah untuk menolak. Urm...Hati Ninie mula terbungkam geram. Mana taknya...Urusan rumah masih belum selesai! Aduhai....
Makan² dan borak² hingga jam 11.00mlm di Warung Balqhis, Sg. Isap, Ihsan siap tidur di meja makan. Penat rasanya..Sampai rumah jam 2.15pg dengan perjalanan yang diteruskan tanpa henti. Malam ni hujan sekejap renyai dan kadangkala lebat...Hihihi..Ninie? Sekejap sedar tapi banyak tidur sebenarnya...
