31.01.2014 Jumaat
Chinese New Year! Ke mana kami pada cuti CNY kali ini? Urm... setelah beberapa lama dirancang oleh mereka² (Hubby & friends), maka hari ini kami akan ke Jerangkang Waterfall lagi... Balik² ke sini je kan? Tak apalah... Janji happy!
Kami bergerak jam 9.00pg dari rumah dan macam biasa Hubby akan ikut jalan Sri Jaya dan menuju terus ke tempat berkumpul di Stesen Petronas Batu 12. Tunggu punya tunggu hingga nak cukup semua sekali pergi la sampai jam 11.30pagi...Agak lama dan anak² biasalah dengan aktivi sendiri. Kali ni katanya ada rakan Hubby yang nak merakamkan (video) pergerakan kami sepanjang ke Jerangkang untuk market dia. (Salah seorang di sini ada kerja bawa pelancung dari luar negara ke destinasi dalam Malaysia. Kiranya nak buat promosi la..). Jangan salah faham ye...kami tidak dibayar untuk tujuan ini. Sekadar membantu sahaja. Kali ini hampir 12buah kereta yang mengikuti aktiviti ini. Sekitar gambar kami di sini.
Sedikit penerangan untuk aktiviti kali ini.
Singgah makan tengahari dan solat jumaat dulu.... Masjid sebelah je dengan kedai makan ni.
Suka tengok pokok periuk kera ni. Dulu Ninie siap beli kat nurseri
Orang sibuk duk cross sungai, kami ikut jambatan je....
Jalan ni sebelum ni cantik...Ni kesan bajir besar hari tu la ni...
Tengok apa tu bang?
Sekarang dah ada papan tanda tau...
Dua beranak yang sibuk menurunkan barang²
Jom pasang khemah..Nak berehat pula
Anak² yang pastinya takkan melepaskan peluang mandi sungai.
Pembantu Mama tolong angkutkan air
Rupa² kereta yang baru balik 'ngecas'
Jadi tukang masak weh... Goreng ayam nak buat masak pedas.
