16.01.2014 Khamis
Hari ini Mama pergi Klinik panel untuk mendapatkan ubat bagi adik yang mengalami masalah gatal² di kmaluannya ala² ruam lampin baby tu,. Bezanya baby ni dah besar sikit. Hihi.... Sejak sekolah di tahun 1 ni nampaknya Aqilah masih belum dapat nak uruskan diri sendiri dengan sewajarnya. Sungguh² berbeza dengan si Kakak²nya yang kembar itu. Aduhai Adik. Teringat Mama di hari pertama persekolahan sahaja Aqilah balik² rumah cerita yang stokinnya basah sebab dia siram nak basuh kaki lepas buang air kecil. Terlupa nak buka katanya. Aqilah ni jenis yang masih belum pandai nak buka seluarnya separuh je... Hari Jumaat pula ceritanya seluar serta kain sekolahnya basah gara² tak sempat nak buka seluar kes nak terkencing sangat @ erti kata lain Aqilah kencing dalam seluar. Haish... Tapi Aqilah tak cerita pada sesiapa Cuma pada Ihsan dan juga rakan sekelasnya Wan Izzah Azrani. Mujur rakannya itu jenis pendiam...
Kemudian pada 13.01.2014 Isnin yang lalu pula Aqilah cerita yang seluar dalamnya jatuh dalam lubang tandas. Diambil dan dibasuh kemudian pakai semula. Haish....Anak².... Bayangkan berapa jam Aqilah pakai seluar dalam basah. Hasilnya mungkin ‘malunya’ dijangkiti kuman. Kesian Mama tengokkan asyik tergaru² je. Sudahnya semalam Mama pergi cari ubat di farmasi. Jenis gel jernih... tapi Nampak gayanya macam x sesuai. Sebab tu hari ni Mama pergi klinik panel pula. Diberinya ubat jenis krim. Kalau tak sesuai disuruhnya Mama datang lagi untuk tukar ubat.
Ini ubat yang Mama gunakan untuk 'malu Aqilah'
Yang ini beli difarmasi... gel jernih... macam tak berapa nak ok je...
Yang ini pula yang Mama ambil di klinik panel. Jenis krim putih...Alhamdulillah... nampaknya ianya sesuai dengan kulit Aqilah....
19.01.2014 Ahad
Alhamdulillah... nampaknya Aqilah semakin pulih dan dah tergaru² lagi. Mungkin ubat ini sesuai dengannya. Cuma hari ini ada cerita baru. Kepala Aqilah berdarah masa Mama tinggalkan duduk dekat rumah Atuk & Nenek. Sebabnya? Aqilah dan Kakak²nya bergurau masa mandi dan terjatuh kena tiang. Kata Ihsan menangis ‘selak’ juga. Cuma mujur macam melecet kulit sahaja. Aduhai anak...
Gambar luka yang dah kering di kepala Aqilah:
