17.02.2014 Isnin
Hari ini Ninie masih belum pergi bekerja.... Masih kurang sihat... Ceritanya...:
Sejak 10.02.2014 (Isnin) yang lalu, bila bangun je dari tidur waktu pagi kepala Ninie akan berdenyut². Selagi tak makan ubat (Panadol) selaggii itulah denyutan takkan hilang. Malamnya pula setelah pulang dari kerja, badan ni rasa lain macam je. Sekejap kang panas sampai berpeluh² kemudian sejuk hingga menggigil. Namun bila bangun pagi esoknya hilang dan digantikan dengan sakit kepala yang denyut² tu balik. ...
Masuk hari Rabu, denyutan di kepala makin kuat. Badan rasa lemah je. Ninie ambil keputusan tak masuk office hari ini dan inform pada Bos besar. Lepas hantar anak² ke sekolah, Ninie tidur terlebih dahulu dan kemudiannya bangun untuk ke Poliklinik. Agak lama juga duduk menunggu sebab MA pergi minum. Aduhai... Sakit kepala datang pula tu... Bila tiba giliran Ninie, Ninie ceritakan pada MA. MA ambil tekanan darah, Alhamdulillah... normal katanya... Cuma Ninie demam dengan suhu 36.7 Owh... demam rupanya...Kikikiki... manalah tahu... hari ni tekak mula rasa perit..Makanan yang masuk mulut pun rasa tawar je. Hilang terus selera nak makan. MA bagi ubat dan juga MC untuk 2 hari. ...
13.02.2014 Khamis, Ninie baru perasan yang badan Ninie tumbuh bintik² halus di keseluruhan badan macam kanak² @ bayi kenan demam campak tu. Banyak sangat! Terkejut Ninie dibuatnya... Hingga tapak kaki dan tangan pun ada kecuali di muka sahaja. Malam tu Ninie tak berapa nak boleh tidur sebab bintik² tu rasa merenyam je... Aduhai... Pening fikir apa masalah Ninie kali ni. Al maklumlah... Tak pernah pula kena macam ni. ...
14.02.2014 Jumaat, Ninie ke tempat kerja seperti biasa sebab utamnya juga nak ke Klinik panel untuk mengetahui apa puncanya penyakit Ninie ni. Mana tahu kan alergik ke apa ke.... Ninie sempat siapkan kerja hakiki... Jam 10.30pagi baru Ninie ke Klink Panel (Klinik Sulaiman). Doktor kata yang Ninie masih demam dengan suhu 37.7 dan Doktor juga tak dapat nak pastikan punca sebenar badan Ninie bintik². Cuma kata Doc. Mungkin sebab jangkitan Virus. Al maklumlah Ninie demam dah masuk 5hari hari ni. Doc. Suruh Ninie minum air masak/ 100plus kerana kemungkinan juga ianya disebabkan badan Ninie kekruangan air. Tambahan pula memandang kan cuaca yang panas terik. Doc. Juga bagi MC untuk Ninie hari ni. Lepas dapat ubat dan beli makanan, Ninie terus drive balik ke rumah. Sampai rumah, cuba makan nasi yang dibeli tadi namun payah betul nak telan dan pahit rasanya.... Selera makan Ninie masih be;um kembali. ...
15.02.2014 Sabtu, Alhamdulillah...pada sebelah petangnya, Ninie persan yang bintik² kat badan, kaki dan tangan mulai hilang/pudar sedikit demi sedikit. Mana taknya, dari semalam duk teguk air masak banyak² dan juga 100plus. Sah badan Ninie memang kekurangan air! ...
16.02.2014 Ahad, Hari ini kepala Ninie masih berdenyut². Aduhai... batuk pun dah mula datang walaupun taklah seteruk mana. Tapi bila datang gatal kat tekak umpama digaru² tu... Alamatnya tak berhenti² la batuk Ninie tu. Bermula lepas Zohor, sakit kepala bukan main menjadi². Ninie terpaksa juga telan ubat dan lepas tu tak sedar dah hingga ke malam. Ninie asyik tidur je. Sedar pun sedo² ayam je. Gile betul! ...
17.02.2014 Isnin, Ninie bangun pagi macam biasa tapi badan masih terasa lemah sangat. Ninie ambil keputusan untuk cuti sahaja hari ini. Tambahan pula rumah ni dah tunggang langgang dibuatnya lantaran demam Ninie. Macam².......
18.02.2014 Selasa, Ninie masuk opis macam biasa.... Makan Ninie tak berani nak makan itu ini lagi sebab Ninie ni tak boleh slah makan karang ‘angin’. Seksa rasanya.... Makan pun sayur eria goreng dengan ikan bakar/goreng je. Itu je yang berani pun. Yang mana dikatakan boleh mendatangkan angin, semua Ninie tolak ke tepi. Batuk? Masih tak hilang lagi. Tambahan pula duduk kat opis ni aircondnya sejuk bukan main macam duduk dalam peti ais bahagian beku tu rasanya. ...
*Hubby pula yang tak sihat semenjak Sabtu lepas. Berjangkit kut.... Kesian dia.... ...