"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Saturday 29 March 2014

Kami Di Pantai Hiburan, Rompin, Pahang

29.03.2014 Sabtu
Lokasi : Pantai Hiburan, Rompin, Pahang.

Hari ni Hubby ajak jalan² Rompin...Hihihi...Jalan² lah sangat...Sebenarnya macam ke Kemaman tempoh hari...Nak menyaksikan pertandingan 4X4. Kali ini kawan² Hubby ada yang masuk. Sama macama di Kemaman hari tu. Mereka pergi petang semalam lagi. Kami sekeluarga baru nak bergerak hari ni. Jam 9.00pg kami bergerak keluar dari rumah...Berhenti makan..itu ini..Jam 12.45ptg kami selamat tiba di sini. Panas terikkkkk weh....

Yea... Dah sampai.... panasnya...

Ini la tujuan kami ke sini... Menyaksikan ROMPIN 4X4 INTERNATIONAL BEACH CHALLENGE 2014 di Pantai Hiburan, Rompin

Program mula seawal pagi tadi lagi.Masa kami datang ni dah tinggal dua SS je lagi untuk mereka beraksi. Meriah nampaknya di sini.







Lepas tu kami jalan² di Booth² pameran serta jualan yang ada di sini.... Seronok²....



ni la rupanya benda yang terbang tinggi tadi tu...mujur tak jatuh dalam air laut mahupun tersangkut di pokok.. Pandai betul diaorang kontrol benda alah ni.

Ha...Sampai sini je..Anak² mula merengek nak layang². Sebelum ni pernah cari di Bandar Kuantan tapi tak jumpa...Haish...ambil kesempatan kalian ni ye...Beli yang paling murah..RM5/pcs...x 4pcs...RM20 jugalah terbang! Haish...tak kurang langsung si penjual ni ha....


Selepas makan, singgah booth kami ke Masjid Tengku Mahkota Abdullah di Bandar Rompin.

Kemudian ke Pantai Hiburan semula. Nak tengok² kot² ada yang menarik perhatian....


Hari dah petang weh...Jom kita pulang...Penatnya....Nak tido....Zzzzz