"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday, 15 June 2014

Anak² Mandi Sakan

15.06.2014 Ahad 

Hari ini seawal pagi lagi Atuk dah ambil semua anak² Mama bawa ke rumah Atuk Nenek sebab sepupunya Nana ada. Ambil untuk bermain dengan si Nana. Petangya Mama pergi ambil dalam jam 6.00ptg... Amboi...Bukan main lagi anak² bertuah ni siap berenang² di permukaan yang kompem bukannya air.... Ihsan  pun tak kurang hebatnya. Seronok bukan main mereka....





Saturday, 7 June 2014

Baiki Kereta Kembara : Pump Clutch Rosak

07.06.2014 Sabtu

Alahai kereta... Ada je problemnya ye... Lepas satu, satu.... Biasalah tu... Nak manja2 dengan tuannya. Kali ini macamana boleh tahu yang Pump Clutch nya rosak? Simptom²nya bila Hubby bawa kereta... brek maksudnya berhenti sekejap umpamanya masa nak keluar simpang @ dekat traffic light, kereta akan jadi susah nak masuk gear/tukar gear (kereta ni manual ye...) Kemudian kena matikan enjin dan hidupkan balik. Agak kelam kabut dibuatnya dengan situasi kereta yang banyak kalau di tengah² bandar... Haish..... Dah siap diganti, Alhamdulillah... 'Baik' dah dia...







Sunday, 25 May 2014

Ihsan Wakil Sekolah KAFA (Syarahan)

25.05.2014 Sabtu

Jam 7.00pagi Mama dah hantar Ihsan ke Sekolah KAFA. Katanya hari ini ada pertandingan di Sekolah Ulu Jempol.... Pertandingan peringkat Daerah mungkin bagi sekolah² KAFA Maran. Alhamdulillah Ihsan terpilih sebagai salah seorang peserta bagi pertandingan syarahan. Ihsan membawakan tajuk 'Ibu Bapa'. Dalam beberapa minggu ini memang kelihatannya Ihsan sibuk menghafal dan sesekali suruh Mama check bacaannya dengan memberikan Mama kertas syarahannya. Tapi pagi ini bila ditanya, Ihsan tak tahu kertasnya dimana...  "In Sha Allah... Ihsan dah hafal.." ujarnya... Semoga berjaya...

*Pst... Ihsan sebenarnya lagi teruja nak mandi kolam sebab Ustaz dan Ustazah dah inform awal² yang sesudah pertandingan nanti mereka nak pergi mandi kolam...

'Mama..Nak Main Kaler Cat Boleh?'

24.05.2014 Sabtu

Dari semalam anak² dara kecil Mama ni request nak main kaler cat @ water color sebenarnya.... Entah apa yang seronok pun Mama kurang pasti... Minda kanak² sedang membesar... Disebabkan hari ini cuti, Ok... Silakan... Tapi di luar rumah ye.... Yang nak tergelaknya... masing² buka baju yang dipakai dengan alasan kesian kat Mama nak basuh nanti kalau kena kaler cat sebab susah nak tanggal... Aduhai anak.... Jangan bergaduh sudahlah ye... Hihihihi... Entah berapa keping kertas A4 si gegirl ni ambil pun Mama tak tahu.



Saturday, 24 May 2014

Mr. DIY Kini Di Jerantut

24.05.2014 Sabtu

Hubby bercadang nak balik ke Kuantan pada minggu ini. Namun berikutan Ihsan ada pertandingan mewakili sekolah KAFA di Ulu Jempol, maka perancangan bertukar. Tambahan pula menurut Ihsan lagi esok (Ahad) dia ada latihan sempena sambutan Hari Guru SKLU1 pada Isnin nanti. Makanya hari ini En. Hubby ajak keluar ke Jerantut sahaja....

Lokasi yang dituju mula² sampai di Bandar Jerantut... Hubby bawa ke Mr. DIY... Wah... Kat sini pun ada rupanya... Menurut Hubby Mr. DIY ni baru sahaja dibuka...Besar pula tu... Wah seronoknya walaupun tak tahu tujuan/benda apa yang nak dicari. Apa²pun jom kita singgah dulu. Beli @ tidak belakang kira okay! Jom....

Macam² ada kat sini... Hubby yang semangat belek itu ini... Ninie kurang sikit... Anak² sigegurl bukan main lagi kesana kemari... Suara mereka je duk bergema kat dalam ni ha... Mr. DIY kat sini 2tingkat tau... Bahagian bawah menempat peralatan dapur, perkakasan macam skru driver, hammer... jam dll..  Bahagian atas pula ada towel @ barangan kraf, alat tulis, mainan dll. Silalah berkunjung ke sini ye.... Temapatnya mudah je... Ala... macamana ye nak cakap sebab ni bangunan baru... Kalau datang dari Masjid besar tu ikut jalan utama... Straight je ke depan kemudian pandang sebelah kanan jalan sure nampak sebab besar  jga signboardnya tu... Warna kuning lagi....

Apa yang Ninie beli? Ha.... tak plan nak beli pun tapi terbeli juga... Cover papan iron (nak ganti yang koyak di rumah tu ha...) needle/jarum, bateri kecil untuk jam tangan dan juga pisau seramik yang comel. Harga? tengok gambar di bawah ni ye.... Si gegirl beli 'buih²'..huhuhu... belon sabun..RM1.50/pcs. Tak sempat nak ambil gambar....














Wednesday, 21 May 2014

Menguruskan Anak² Pergi Balik Sekolah

21.05.2014 Rabu 

Hari ini Mama ambil cuti memandangkan Ayah kalian tak ada sebab pergi berkhemah di Kem Tengku Puan, Maran, Pahang. Kebetulan pula Atuk & Nenek juga tiada di rumah. Maka tiada sesiapa yang hendak menguruskan anak² Mama ini pergi ke sekolah....

Wah letih rupanya menguruskan kalian semua memandangkan Mama terpaksa beberapa kali keluar ambil kalian balik dari sekolah memandangkan waktu balik tak sama. Cuma leganya sebab minggu ini minggu peperiksaan. Tiada kelas Tahsin Al Quran. Jadinya anak² gegirl Mama balik pada masa yang sama. Alhamdulillah. Cuma Ihsan sahaja yang balik lewat sebab ada kelas tambahan.

Pergi sekolah KAFA pun dua kali hantar... Balik sekali ambil ajalah. Malamnya pula.... Ihsan ada kelas tambahan dari jam 8.00mlm hingga 9.45malam... Pergi ambil dan balik lagi.... Cuaca sekarang pula petang dan malam hujan....Si gegril seronok kemain lagi nak mengikut ambil dan hantar Along nya....







Tuesday, 20 May 2014

Hadiah Hari Guru Anak² Mama

20.05.2014 Selasa 

Hari ini sambutan Hari Guru di sekolah KAFA anak². Anak² sungguh teruja nak bagi hadiah pada guru masing². Memandangkan Mama cuma tempah keychain untuk guru kelas masing² sahaja maka Mama tambahlah tasbih mini yang Mama buat sendiri untuk anak² bagi pada guru masing² serta guru² yang lain. Ihsan beritahu guru di sekoah KAFA hanya ada 7orang sahaja.

Untuk guru kelas masing² Mama masukkan di dalam beg kertas bewarna ungu . Manakala untuk guru² yang lainnya dalam beg plastik yang warna hijau. Anak² suka sangat dan tak sabar² nak beri pada guru masing². Terima kasih cikgu sebab mengajar anak² Mama seramai 4orang ini yang sudah pastinya banyak perangainya.

Untuk sambutan Hari Guru peringkat sekolah kebangsaan pada 26.05.2014 (Isnin) nanti... Hadiahnya juga sama....