"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Thursday, 25 July 2013

Ucapan Hari Raya Dari Anak Mama Khairina Basirah

25.07.2013 Khamis 

Elok je Ayah pakukan board di dinding, bukan main suka anak² bertuah... Mama tertarik dengan hasil 'seni' Khairina... Ucapan Selamat Hari Raya untuk Mama & Ayah... Alahai anak... Terima kasih sayang...

Friday, 19 July 2013

Kisah Ramadhan Kami... sehingga 10 Ramadhan 1434H/2013

Syukur Alhamdulillah... Hari ini sudahpun masuk 10 Ramadhan 1434H/19.07.2013 (Jumaat)..... Macam² Karenah anak² bertuah Mama ni...termasuklah si Ayah..(Kan Abang kan..)

01 Ramadhan 1434H/10.07.2013 (Rabu)

Amatlah teruja sebab almaklumlah..hari pertama puasa kan... Walaupun bangun pagi untuk bersahur agak liat... digagahi juga membuka mata kalian² semua... Cuma... Mencabar kesabaran sungguh bila tiba waktu untuk mengejutkan si Adik... Macam 'baby'..aish....

Mama pulang dari kerja terus melompat ke dapur.... Masuk rumah duk sekejap je..Ihsan dah mula buka cerita..Katanya Adik tak puasa... Nenek yang cerita tadi... Ceritanya..:

Masa Adik sampai rumah Nenek pagi tadi, Adik sambung tidur lagi..Atuk & Nenek kejut suruh bangun pagi pergi ke sekolah..Adik merengek² tak nak bangun.Alasannya mengantuk. Atuk geram, Atuk angkat Adik letak kat luar... Adik buat tak heran, dia sambung tidurnya juga. Bangun jam hampir pukul 10@11 lebih kurang... Terus minta makanan. Lapar katanya... Bertuah nan seorang ni...

Masa Ihsan cerita, Adik nun keluar bermain dekat luar rumah... Laju je dia keluar.... Mama terus ke dapur untuk memasak... Tengah² sibuk memasak, Adik masuk ke dapur..
"Mama tepi sikit..nak ambil air..saya haus" ujarnya...
"Bukan ke hari ni puasa?" Soal Mama pula....
"Adik tak puasa ke?" Soal Mama lagi...
"Eh... Silap²... Lupa pulak hari ni puasa..." Balasnya sambil ke luar...

Terdenger Adik berkata.."Kawan²... Lupa la pulak hari ni kan puasa... mana boleh minum..." Macam² lah anak bertuah seorang ni....

*******************************************************

02 Ramadhan 1434H/11.07.2013 (Khamis) - Berbuka di Anjung Selera Bandar Jengka

Mama dapat call dari Ayah yang orang PAIP datang rumah nak potong air... Apa??? Kenapa nak dipotong? Next entry Mama story ye...

Dipendekkan cerita, anak² bertuah Mama tak ke sekolah KAFA petang ni sebab nak ikut Mama & Ayah keluar ke Jerantut bagi membayar bil PAIP... Agak bergegas² juga sebab Ayah datang ambil Mama dulu di opis, kemudian baru ke Jerantut... Rushing sebab nak kejar waktu bekerjanya sehingga jam 4.30 sahaja. Alhamdulillah... Jam 4.25ptg kami sampai ke PAIP dan urusan selesai...

Selepas itu bawa anak² ke Taman ICT Jerantut yang terletak di bandar... Dan tinggalkan TWIN dengan Along..Mama, Ayah & Adik ke kedai ECO untuk mencari makanan buat Adik yang mulai merengek² lapar... Makin kuat rengekannya, kesian... Ayah kata biarlah Adik berbuka..(Adik puasa ye hari ini walaupun pagi tadi tak bangun sahur sebab jenuh Mama kejut Adik tetap tak nak bangun). Belikan air kota dan biskut keju..bersungguh² Adik makan. Selesai makan Adik turut ikut bermain di taman.

Jam 5.30petang... Jom kita bergerak pulang... Singgah solat dahulu di Masjid.. Lepas tu ke Bazar Ramadhan Jerantut Feri tempat Murtabak yang popular tu..Tapi waktu kami sampai.. Gerai murtabak tu dah tutup..Habis dah walaupun sekeping RM 9. Takde rezeki....

Selesai di sini, terus ke Bandar Jengka untuk mengambil kereta Mama... Kami terus berbuka puasa di Anjung Selera Bandar Jengka berhampiran dengan kawasan pasar tani. Syukur Alhamdulillah atas nikmat kurniaan Nya hari ini.. Gambar kami....


Makanan yang dibeli di bazar tadi

Along dengan Nasi Pataya nya...


Mama & Ayah..Nasi Goreng Ikan Masin

Ha...Makan jangan tak makan...



***********************************************************************
03 Ramadhan 1434H/12.07.2013 (Jumaat) - Khairina Demam?

Mama sampai di rumah, kelihatannya Khairina sedang berbaring dan juga berselimut..Pelik tatkala di petang² hari sebegini. Memanglah dah biaa tengok berbaring sambil menonton TV, tapi tidaklah sampai berselimut dan tak bermaya macam tu. "Mama, saya demam"..Kata Khairina. Bila Mama rasa dahinya...memang panas tapi Khairina masih berpuasa.Mama suruh berbuka tapi dia tak nak.. lagipun dah nak malam katanya. Menurut Ayah... dah beberapa kali Khairina muntah². Tapi dia tetap nak puas juga...Jam 7.00petang, Mama suruh Khairina mandi biar segar dan surut panas badannya. Khairina akur...

Malamnya, waktu berbuka, Khairina hanya minum segelas air dan sebiji kurma serta sepotong kuih sahaja. Selera maknnya hilang terus... Mama terus suapkan ubat dan Khairina sambung tidur....

*******************************************

04 Ramadhan 1434H/13.07.2013 (Sabtu) - Membakar Ayam & Sosej

Minggu ini hanya bersantai di rumah sahaj tanpa ke mana². Mama kejut anak² dan Ayah sahur seperti biasa. Adik memang dengan ragamnya.... bangun tapi liat ya amat². Khairina pun bangun, bandannya panas kembali.. maknnya sikit sahaja... lepas makan ubat sambung tidur kambali termasuklah yang lainnya....

Jam 11.00pagi, Khairina mengadu lapar.. Mana taknya... semalam tak makan apa². Sahur tadi begitu juga. Waktu ini badannya dah mula suam sedikit... Mama suruh Khairina buka puasa, mulanya dia tak nak... kemudian.."Mama saya tak larat, Saya nak makanlah.." Lepas makan..Mama suapkan ubat dan Khairina sambung tidur lagi... Jam 2.00petang kelihatanya Khairina mulai segar dan bermain dengan Kakak dan Adik.

Ayah pula tiba↓3 datang mood nak makan kerang bakar, ikan bakar, ayam ke.. sebutnya... Aduhai Abangku sayang... waktu ini mana nak dapatkan semua tu? Akhirnya yang dibakar... Ayam dan sosej sahaja. Walaupun 'terbakar' tapi sedap.... nyum²....

*************************************************
05 Ramadhan 1434H/14.07.2013 (Ahad) 
- Khalisah Tak Puasa Hanya Keran Biskut & Kerang Bakar... Nyum²....

Jam 9.30pagi, Mama terus bergegas ke kedai untuk mencari barang keperluan (lauk pauk) sebab kalau terlambat sikit je semuanya habis diborong orang.... Rezeki hari ini... Ayam, Ikan, kerang, sayur²an masih ada.... Mama beli serba sedikit... habis juga RM 70..Pergh..harga makanan sekarang....

'Puas' juga Mama nak menyiang dan membersihkan lauk pauk yang dibeli tadi... Hampir sejam berdiri di singki.... Baru nak rehat, terdengar Kakak menangis dan juga suara si Alongnya... Mama tak jadi berbaring terus turun ke bawah...

"Kenapa?" - Mama
"Kakak tak puasa... " - Along memulakan cerita
"Mana Ada?" - Kakak cuba pertahankan diri..
"Tadi, Kakak pergi ke dapur...Ihsan nampak dia bawa bekas biskut yang Mama beli tu...Ihsan tanyalah..Kakak makan apa? Terus Kakak menangis... - Cerita Along
"Iyalah²... Tadi saya makan biskut sebab nampak sedap. Pastu saya lapar..." - Akui Kakak...
Urm...dah berbukapun.... Mama suruh je Kakak makan kalau Kakak nak makan nasi... Laju la si Kakak....

Malamnya... operasi kerang bakar... Sejak jam 6.00petang lagi Ayah cuba hidupkan arang... tapi agak sukar sebab arangnya basah... sehingga tiba waktu berbuka pun kerang belum boleh dimakan. jadinya sambung ke malam.....

Yeha... Kerang Bakar....


Buah kegemaran Mama... Buah Manggis..nyum²... beli masa balik Kuantan tempoh hari... Sedapnya...masam² manis,,,,Lebih kepada manis la...

Aktiviti makan kerang selepas solat Isya'... Sebelum ni anak² bertuah tak pandai makan kerang. Eii taik katanya.... Sekarang...itulah yang sedap ye....


Seronok sangat bila Ayah bagi lampu hijau jadi tukang masak pula....


Mama dan Ayah pula makan kerang ye....

*********************************************

06 Ramadhan 1434H/15.07.2013 (Isnin) - Biasa² sahaja

********************************************

07 Ramadhan 1434H/16.07.2013 (Selasa) - Biasa² sahaja

********************************************

08 Ramadhan 1434H/17.07.2013 (Rabu) - Ihsan Demam

Mama sampai di rumah kelihatannya semua melepek...Along yang paling teruk..Tak sempat tanya, Ayah kata Along demam... yang lain² semua tak ke sekolah petang hari ini.... Mama rasa badan Along..Panas! Along jarang² sangat demam. Kebiasaannya cuma selesema dan batuk² kecil sahaja... Kali ni memang demamnya agak teruk... Tapi Along tak nak berbuka...

Lepas berbuka, Along makan ubat dan terus masuk tidur lepas solat Isya'

********************************************

09 Ramadhan 1434H/18.07.2013 (Khamis) - Ihsan Masih Demam

Along masih demam... Sahurnya cuma minum air dan makan ubat sahaja dan sambung tidur kembali.... Mama tak kejutkan Along untuk ke sekolah. Cuma untuk solat Subuh sahaja. Kata Along kepalanya masih sakit...tak larat...

********************************************

10 Ramadhan 1434H/15.07.2013 (Jumaat) 
- Rezeki Dari Rakan Sepejabat....

Along masih tak ke sekolah hari ini... Demamnya masih ada walaupun tak sepanas mana... Pagi tadi masa Mama kejut Solat Subuh, kepalanya masih sakit... Rehatlah Along....

Alhamdulillah.... Rakan sekelas Mama ada hulurkan sedikit bingkisan untuk berbuka puasa. Walaupun menurutnya ianya sekadar ala kadar sahaja. Tak apa... Mama sedia menerima dengan hati terbuka..Apakah itu... Puding Di Raja Ala Kak Ba... Nyum²....
********************************************



Tuesday, 9 July 2013

RESEPI : Daging Pedas


Bahan²
Daging (Ninie rebus siap² hingga empuk dengan bawang putih & halia)
Bawang Merah (Besar)
Bawang Putih
Halia
Lada Kecil @ Cili Padi - Ikut pedas masing²
Perasa - Gula+garam+serbuk perasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air (Guna air rebusan daging lagi bagus)  

Cara²nya :
1. Kisarkan bawang merah+putih+halia+cili padi bersama² menggunakan pengisar kering... (nak guna lesung batu pun boleh.
2. Tumiskan bahan² (1) tadi sehingga naik bau @ sedikit kering. Jangan terlalu garing ye...
3. Masukkan daging bersama air rebusannya..
4. Masukkan perasa. Biar hingga mendidih @ daging hingga empuk.

*Nota : Mengikut citarasa anda sama ada mahu ianya berkuah @pun kering...

Monday, 8 July 2013

Cepat Buat Telorong?

Masa Mama tengah duk mengemas di dapur terdengar suara si Adik yang duk mengarahkan si Kakak²nya... "Awak berdua...cepatlah buat telorong... kejap lagi kereta nak lalu". Sememangnya Mama nampak si Adik duk bermain kereta kecil dengan Along nya tadi...

Apa itu telorong??? Ha ini la dia...(rujuk pic)... sebenarnya Adik nak cakap..."Buat terowong". Tapi berbelit lidahnya nak betulkan balik ayat telorong kepada terowong... Aduhai Adik....


Elok² kereta lalu...dia pula yang lalu....Haish....

Hari Sukan Sekolah (SAR KAFA)

08.07.2013 Isnin

Sejak minggu lepas lagi Anak² dah sibuk berlatih sukan. Hari Khamis lepas Kakak beritahu yang Mama kena ambil cuti Isnin nanti sebab Kakak masuk acara berpakaian kemas. Anak² pakai baju sukan, lepas tu Mama gantikan baju sekolah, pakai cantik²...Oooo...

Tapi hari Jumaat, Kakak beritahu yang dia tak jadi masuk acara tu. Ustazah dah tukar dengan orang lain. Ustazah lupa yang Mama kerja. Pulak??? Huhuhu..Mama baru je berkira² nak ambil cuti... Cancel... Wink3x. Bila Mama tanya Ihsan..Katanya dia masuk banyak acara... Khairina? "Saya tak masuk apa²pun" ujarnya bila ditanya..Haish... Mungkin sebab kes kai Khairina tu agaknya. Minggu lepas, ada Khairina meraung di sekolah gara² kakinya yang sakit tu dipijiak oleh rakan sekelas. Ustazah tolong cabutkan kuku ibu jari kakinya yang terkulai dan hantar semua anak² ke rumah Atuk & Nenek... Tapi mingu ni kakinya dah semakin baik dan kukunya dah mulai tumbuh.... Khairina juga dah boleh pakai kasut...Alhamdulillah....

Mama ambil keputusan tak cuti hari ini. 'Go to work' macam kebiasaannya. Ayah ada datang menjenguk kalian di waktu rehat jam 10.30pagi... Sedikit gambar yang diambil oleh Ayah....



Adik sempat datang menyinggah tatkala pulang dari sekolah dengan Atuk nya...

Masing² keletihan.... Nak pulang ke rumah dah...
Kesimpulannya...Khalisah & Khairina tidak membawa pulang sebarang hadiah... Ihsan... tu..di lehernya... tempat kedua acara tarik tali dan juga bekas tupperware  yang meninggi hasil bersukan hari ini... Tahniah...

Kata Khairina dia tak masuk acara apapun... mungkin sebab sebelum ni kes kuku ibu jarinya terkoyak... Jadi, itu yang tak masuk acara apa pun tu... Minggu lepas (Jumaat) ceritanya siap meraung+menagis di sekolah sebab kakinya dipijak (ter) rakan sekelas..Ustazah cabutkan terus kuku kaki tersebut..Hari ini, Alhamdulillah.. dah mula pakai kasut ke sekolah. Jika tidak duk pakai selipar RM 2...tu je la.. huhuhu....

Our Video At Hulu Berakit - Jerangkang

Redah Sungai Jerangkang (CAW)



Test Bukit Di Jerangkang (CAW)



Test Bukit Di Jerangkang (CBF)



Redah Sungai Berakit (CBF)



Redah Sungai Berakit (AEV)



Ekspedisi Lepar Utara-Jerangkang-Berakit

06.07.2013 Sabtu 

Hujung minggu ini aktiviti kami sebelum bermulanya Ramadhan pada minggu hadapan... Ekspedisi Lepar Utar -> Jerangkang -> Berakit....

Kami bergerak dari rumah jam 9.50 pagi selepas mama menyiapkan segala bekal makanan untuk di bawa bersama. Laluan pertama yang di ambil Hubby adalah simpang sebelah kiri di mana jalan tersebut agak teruk berlekuk²dan agak jauh. Dengan mengikuti jalan ini, akan melalui kawasan kampung orang asli sebelum sampai ke air terjun Jerangkang.


Namanya pun hutan kan? Kelihatan banyak tahi Gajah di sana sini. Mujur empunya badan (Si Gajah) tak kelihatan. Mau seram juga dibuatnya nanti...

Sampai di persimpangan (sebelum masuk ke dalam adalah kawasan Air Terjun Jerangkang). Kelihatannya Najib (AEV) dan Azmi Tawil (CBF) dah sedia menunggu di sini... Siap test kereta redah sungai & panjat bukit bagai...



Dah habis edisi tadi... Jom kita gerak ke Berakit tanpa pergi ke kawasan air terjun Jerangkang....
Kali ini Hubby ikut jalan lain pula... bukan jalan yang kami lalui tadi.. Syukur Alhamdulillah... jalan ni lebih elok berbanding yang sebelumnya dan juga cepat sampai ke destinasi yang ditujui...

Hubby sebagai pemandu arah... manakala Najib & Azmi mengikutinya dari blakang kerana ini adalah first time bagi mereka melalui jalan ini (Jerangkang ke Berakit)

Jalan yang terkenal dengan nama (jalan jambatan putus)... kena redah sedikit anak sungai...

Kenapa namanya jalan jambatan putus? Ha tengok gambar di bawah ini ye... Asalnya dulu memang ada jambatan. Tetapi kini jambatan itu telahpun runtuh... Sebab itulah jalan ini mendapat nama...


untuk sampai ke Sungai Berakit, nak @ tak kena meredah sungai di bawah ini. Sungai ini juga adalah sungai berakit... Tapi destinasi kami bukan di sini... Ke hadapan lagi.... Airnya tak berapa dalam... sebab bukan musim hujan.


Dah sampai di destinasi yang dituju... Alhamdulillah... Rehat², makan & mandi dulu sebelum bergerak pulang....

Bekalan Mama masak hari ini... Eceh macam nak raya pula.. Nasi impit + Rendang ayam + Roti gulung tuna

Amboi si Kakak...mandi pun siap makan lagi ye...

Adik yang gemar main pasir...

Di tempat² macam ni pasti ada rama². Tetapi hari ni cuma ada seekor ni aja...





Adik dengan anak Najib.... Si Abang (lupa namanya apa)

Gambar ni diambil semasa OTW balik... berhenti di tengah sungai berakit jap...untuk....

Bergambar le...apalagi... ngeeee. Mama la yang jadi juru kameranya. Ayah.... "Awaklah ambil..." Bila Mama hulurkan kamera padanya...


Seperti biasa, mesti ada gambar kami berdua yea.....

Along pun nak bergambar jugalah Mama...

Masa ni bukan berhenti ambil gambar sesaja... Tapi kereta CBF (Azmi) Ada masalah sikit. Absorbernya hilang skru... Mungkin baru perasan.

Siapa itu???? Duk dalam semak tu...ha...watpe tu? weeeee Masa ni baru je lepas aktiviti redah sungai di kawasan Jerangkang. ... Lepas tu panjat bukit secoit tapi payah gak wooo.... Nanti² upload video pulak ye....

Dah jom kita gerak pulang... Ayah laju je menyusur ke Kuantan... Urm..ni takde dalam perancangan ni Ayah weh....

Kesan bukit secoit tapi susah yang mereka test tadi....

Jam 4.30petang tiba di rumah Ibu Mertuaku... Laparnya... Terus cari nasi...