"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Wednesday, 12 January 2022

Khalisah Lompat Pagar!

Khalisah si kembar Kakak. Sepanjang cuti sekolah elok je.... nak masuk asrama tiberrr injured... Kisahnya Jumaat malam Sabtu dia melompat pagar dapur (berpagar sebab nak elak adik twin hora horey di dapur) Salah lompat, tak lepas, kaki tersadung, gedebuk jatuh macam nangka busuk... Selalu elok je melangkah, dah kenapa tiberr melompat pula. 

Isnin, 10/01/2022 : Kakak ditemani adiknya Aqilah ke Klinik Kesihatan Lepar Utara 04, Doktor suruh X-Ray sebab kaki Kakak bengkak, badan pula sakit-sakit... Jalan dah jengket-jengket kadang silap langkah leh nak terpeleot gitu. 

Selasa, 11/01/2022 : Kakak ikut Mama ke pejabat dan dia lepak di surau sementara nak ke Klinik Sulaiman untuk X-Ray. Jam 11 kami pergi...Alhamdulillah dipermudahkan dan urusan pun lancar je. Jumpa Doktor terus, Mama masuk sekali.... Alhamdulillah hasil X-Ray semuanya baik-baik sahaja... Doktor bagi MC dan ubat... Doktor tanya puncanya...Mama ceritalah yang benar gitu... gelak Doktor dibuatnya... dia ingat lompat pagar sekolah.... aduhai... 

Hari ini, Rabu, 12/01/2022.. bengkaknya dah surut.. jalannya dah tak terlalu jengket lagi. Semakin pulih. Alhamdulillah.... 

#adliyanfamily2022 #khalisahbatrisyiamohamadadli


 

Saturday, 8 January 2022

Kami di Tahun 2022

Sabtu, 08/01/2022
Pantai Teruntum, Kuantan, Pahang
 











Gambar Keluarga 2022

Sabtu, 08/01/2022 @ Pantai Teruntum, Kuantan, Pahang

Alhamdulillah... gambar keluarga awal tahun 2022. 

Semuanya ada. Bila anak-anak dah besar ni dapat berkumpul semuanya adalah nikmat perasaan yang tak dapat digambarkan walaupun penuh hiruk pikuk, halilintar, berdentam dentum saban hari. Ha...gitu... 

Anak 7orang ni nak boleh dapatkan gambar yang helokkk gitu memang menguji kesabaran lebih-lebih lagi si kecil 3orang tu ha. Macam-macam kita buat untuk bagi duduk setempat, pandang kamera... nan hadooo ko nak oiii. Kembar kecil ni ligat nak bermain je... Semoga hanya yang baik-baik sahaja untuk kita semua. 

Kami bertolak ke Kuantan dari rumah jam 11.30pagi tadi, tujuan utama nak menghantar Ihsan menaiki bas pulang ke kampus Unimap nun jauh di utara, Perlis. Bas jam 9mlm, tiket beli secara online sahaja.

Sampai di Bandar Kuantan, terus pergi makan dahulu dan kemudian berjalan di sini merakam gambar kenangan sekeluarga. Anak² yang kian membesar, sekolah lain², cuti kadangkala tak bertembung memungkinkan untuk berkumpul sekali semuanya pada masa akan datang akan menjadinya mungkin tidak.

Nikmati masa yang ada. Tak dinafikan hati Mama berbunga gembira bila anak² yang berada di asrama cakap nak balik, perasaan seronok, bahagia yang tak reti nak diungkapkan dengan kata². Tapi... Masuk je hari ke 3 semuanya di rumah... Macam² peel, ragam, karenah keluar/ada... cacamarba jadinya. Pesanan yang sama dibebelkan setiap hari umpama skrip di bibir dibuatnya. Itu belum kalau Mama 'stress' marah... Sampaikan tengok muka anak pun blur siap Mama tanya "Ko nama apa?" Haaa gitu... Nama anak pun boleh lupa waktu tu.

Si Ayah biasanya lek lek je... Mama halilintar pung pang pung pang kadangkala dia buat tak dengar, ada masa Ayah pun stress juga sebab Mama asyik bebel tiap masa. Maunya tak bebel, tak disuruh tak buat! disuruh pula, jap Ma, jap Ma... eh eh budak ni.

Tapi meningkat dewasa ni makin lama makin bagus mereka. Alhamdulillah. Sepanjang cuti sekolah 3 adik kecil memang Mama bekerja langsung tak hantar ke rumah AtokNenek. Jadi, Abang dan Kakak yang menjaga mereka setiap hari dipantau oleh Ayah. Ha... pandai pun urus Adik² masa makan, mandi, berak, tidur, nak susu, main dan sebagainya. Thumbs Up! Terima kasih semua anak² Mama. Love U olls deep, deep.

#adliyanfamily2022








Ihsan : Unimap Semester 4

Sabtu, 08/01/2022 @ Terminal Sentral Kuantan 

Menghantar anakanda Muhammad Ihsan Mohamad Adli menaiki bas (Cosmic, 9mlm) pulang ke asrama nun jauh di utara (Unimap, Perlis) Semoga anakanda MamaAyah sentiasa dibawah lindungan Allah SWT. Selalunya pesan Mama pada dia, asal sampai mana2 dan dia terjaga, sila update lokasi sebab dia naik bas waktu malam dan sampai esok paginya. Pagi tadi update jam 8.15pg sampai di stesen bas Perlis. Alhamdulillah... 

Semoga anakanda berjaya menghabiskan pengajian "on time"

#adliyanfamily2022 #muhammadihsanmohamadadli

Tuesday, 4 January 2022

Khayra Safiya Seronok Pergi Sekolah 2022

Selasa 04/01/2022

Alhamdulillah setelah lama cuti dan "stay at home", Semalam sekolah PASTI mula dibuka. Khayra Safiya pagi ni nampaknya ceria betul nak ke sekolah. Kakaknya hantar gambar tadi... semoga semangat nak ke sekolah terus membara ye anak bertuah MamaAyah ni. Kalau ditanya belajar apa kat sekolah? Belajar ABC, 123, Alif Ba Ta. Jawabnya hari-hari. Bila ditanya seronok tak sekolah? "Seronok sebab ramai kawan nak main sama-sama". Jawabnya lagi 

Oh ye, sejak cuti sekolah yang lalu, Khayra dah mula pergi mengaji di rumah Cikgu Wati setiap hari kecuali Jumaat (cuti)

#adliyanfamily2022 #khayrasafiyamohamadadli

Wednesday, 29 December 2021

Khabir Mesin Rumput Ke Tu???

Rabu, 29 Disember 2021

Aduhai anakanda bongsu MamaAyah si Muhammad Khabir. Kakak Khairina hantar gambar pada Mama yang berada di pejabat dengan caption OOTD hari ini. Amboi, siap pakai sarung tangan dan tutup kepala Ayah ye. Berangan nak mesin rumput.

Khabir ni memang, jenis teruja kalau tengok Ayah mesin rumput. Mungkin baginya hebat sungguh la Ayah ni.

#adliyanfamily2021 #muhammadkhabirmohamadadli #ragamsikembar

Video mesin rumput guna batang penyapu.

Tidur keletihan lepas mesin rumput pada hari ini. Kakak² pujuk masuk buaian tak mahu. Tau² dah terlentok. Aduhai la anak.


Saturday, 4 December 2021

Khabir Masih Belum Sihat

 Sabtu, 04 Disember 2021

Sejak kuarantin, hingga kini kesihatan kami ni jap ok jap tidak. Demam sehari dua dah makan ubat elok baiknya... Tapi kali ni Khabir dah lebih 3hari masih lagi demam...badannya dedar je. Malam tadi badannya panas sampai berair matanya. Pagi ni bawa ke Klinik Ghazali. Mama pergi daftar dulu. Ditanya soalan itu ini... katanya prosedur sekarang, kalau demam kena dapatkan keputusan swab dulu. Negatif baru klinik ambil kes. Ada dua tempat yang boleh buat swab ni. Poliklinik @ Klinik Fadzilah. Oleh kerana hari ini Sabtu, maka pilihan yang ada adalah Klinik Fadzilah... Terus ke Klinik Fadzilah, beritahu (tunjuk kertas dari Klinik Ghazali) Staf klinik bagi borang suruh isi dan tunggu di kereta. Nanti dia datang. 

Mama kena pegang Khabir... mula je putik kapas tu masuk ke hidung, dia ok lagi. Bila makin ke dalam terus meronta menangis marah. Dah siap, tunggu je dalam kereta... tak lama kemudian staf datang sekali keputusan RTK tadi. Alhamdulillah, keputusannya negatif, lega rasa hati. (Harganya RM100) Terus bawa keputusan tadi ke Klinik Ghazali. 

Doktor bagi ubat demam, selesema dan antibiotik. Jika ubat antibiotik dah habis masih belum sihat, doktor suruh buat rtk lagi. Semoga Khabir cepat sihat ye... Walaupun dia tak berapa sihat (dedar) tapi aktif bermain. Cuma sebelum ni tak berapa nak makan minum sebab ada ulser di lidahnya. Hari ni nampaknya dah boleh makan dan minum. Semoga kian membaik dan tak mudarat. Aamiin... 

#adliyanfamily2021 #muhammadkhabirmohamadadli