Sabtu, 04 Disember 2021
Sejak kuarantin, hingga kini kesihatan kami ni jap ok jap tidak. Demam sehari dua dah makan ubat elok baiknya... Tapi kali ni Khabir dah lebih 3hari masih lagi demam...badannya dedar je. Malam tadi badannya panas sampai berair matanya. Pagi ni bawa ke Klinik Ghazali. Mama pergi daftar dulu. Ditanya soalan itu ini... katanya prosedur sekarang, kalau demam kena dapatkan keputusan swab dulu. Negatif baru klinik ambil kes. Ada dua tempat yang boleh buat swab ni. Poliklinik @ Klinik Fadzilah. Oleh kerana hari ini Sabtu, maka pilihan yang ada adalah Klinik Fadzilah... Terus ke Klinik Fadzilah, beritahu (tunjuk kertas dari Klinik Ghazali) Staf klinik bagi borang suruh isi dan tunggu di kereta. Nanti dia datang.Mama kena pegang Khabir... mula je putik kapas tu masuk ke hidung, dia ok lagi. Bila makin ke dalam terus meronta menangis marah. Dah siap, tunggu je dalam kereta... tak lama kemudian staf datang sekali keputusan RTK tadi. Alhamdulillah, keputusannya negatif, lega rasa hati. (Harganya RM100) Terus bawa keputusan tadi ke Klinik Ghazali.
Doktor bagi ubat demam, selesema dan antibiotik. Jika ubat antibiotik dah habis masih belum sihat, doktor suruh buat rtk lagi.
Semoga Khabir cepat sihat ye... Walaupun dia tak berapa sihat (dedar) tapi aktif bermain. Cuma sebelum ni tak berapa nak makan minum sebab ada ulser di lidahnya. Hari ni nampaknya dah boleh makan dan minum. Semoga kian membaik dan tak mudarat. Aamiin...
#adliyanfamily2021
#muhammadkhabirmohamadadli