"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Wednesday, 5 June 2019

Salam Aidilfitri 1440H @ 2019 - Rabu

05.06.2019 Rabu
01 Syawal 1440H @ Rumah Ayah Bonda, Felda Lepar Utara 02

Jarang sangat kami adik beradik dapat berkumpul semua beraya bersama... Alhamdulillah tahun ni kami tiga beradik dapat berkumpul beraya bersama-sama Mak dan Ayah.... Thank you En. Suami.... Tema sedondon Aidilfitri kami pada tahun ini adalah Mustard/gold gitu..... Baju² ready made dan di otter oleh Nenek...

Sedikit info tentang baju :
Ihsan, Twin Girl, Aqilah - Ekspo Bandar Jengka, RM50/pasang
Kurta En. Suami - Shopee - RM35 (siap pos tau)
Ninie - Shopee - RM 57 (siap pos)
Khayra - Hasil jahitan Nenek (cantik kan...)
Next year? In Sha Allah, tiada aral light pink gitu...

#adliyanfamily2019
#darlingniniefamilyraya

Maaf dipohon atas kekhilafan samada sengaja mahupun tidak buat yang mengenali kami sekeluarga... (Adli-Yanti-Ihsan-Khalisah-Khairina-Aqilah & Khayra)

MamaAyah dengan anak² 1 putera, 4 puteri (Tak sedar masa berlalu, masing² dah besar)

Putera & Puteri² MamaAyah.... Semoga kalian berjaya dunia dan akhirat... Aamin....

Ninie dan My Beloved Husband.... teman sembang & teman gaduh...

Bersama AyahBonda tersayang...

AtokNenek bersama cucu² tersayang (8 orang)-2019



Cucu kecil AtokNenek...Sebaya...beza 45hari je...

Keluarga Fahis & Sal = Nana & Fatin

Family Yana & Nasir = Aryan


Friday, 24 May 2019

Jom Bayar Zakat Fitrah 1440H

24.05.2019 Jumaat

Alhamdulillah.... Sudah menjadi kebiasaan En. Suami kalau bayar zakat fitrah, jika tahun tersebut Ninie mengandung akan dibayar sekali untuk baby dalam kandungan walaupun tidak diwajibkan... Sama juga untuk tahun ini... En. Suami bayarkan untuk baby twin dalam kandungan Ninie ni... Sebab tu resit pada tahun ni banyak....
#adliyanfamily2019

Tuesday, 23 April 2019

Day 2 : AJK Skroll Konvo UiTM Caw. Pahang Kali ke 90

23.04.2019 Selasa
@UiTM Cawangan Pahang (Kampus Jengka)

Alhamdulillah.... Hari ke 2 Majlis Konvokesyen UiTM Caw. Pahang Kali ke 90... Mama & kawan-kawan datang angin nak bergambar... sebelum ni masing-masing tiada angin nak posing2 ni. Kali ni siap jalan ke dewan besar tau... walawalawei...panasnya la hai... masih menggunakan khidmat Kak Niza sebab kamera telefon dia cantik berbanding kami yang lainnya... terima kasih ye kak...
#darlingninietwinpregnancy
#twinpregnancy22w
#darlingniniedanrakanuitm
#ajkskrollkonvouitmcawpahang

*Ninie*K.Fiza*K.Ana*K.Niza*Adik Wawa (Praktikal)


Monday, 22 April 2019

Selamat Hari Lahir Si "Bongsu Lama"

22.04.2019 Isnin

Sekejap je masa berlalu... dah besar dah si bongsu lama MamaAyah ni... siang tadi si Ayah dah bawa ke JPN untuk buat ic... si mulut omeh ni kalau dah mula bercerita/bercakap susah nak berhenti... Rajin tolong MamaAyah asuh adik Khayra... Almaklumlah tinggal dia dan Adik je kat rumah...yang lain-lain semua di asrama... peminat tegar warna hijau....sekarang suka sangat selpie wefie ni.... "Semoga menjadi anak solehah...berjaya dunia serta akhirat...Aamin"
#adliyanfamily2019
#aqilahqistinamohamadadli

Day 1 : AJK Skroll Konvo UiTM Caw. Pahang Kali ke 90

22.04.2019 Isnin
@UiTM Cawangan Pahang (Kampus Jengka)

Alhamdulillah... 1st day hari Konvokesyen UiTM Ke 90.... Terima kasih Kakak cantik Nor Haniza Barmawi atas gambar2nya ye....
#darlingniniedanrakanuitm
#ajkskroll
#darlingninietwinpregnancy
#twinpregnancy22w




Thursday, 28 March 2019

Basikal Baru Buat Adik Khayra

28.03.2019 Khamis

Basikal baru buat adik Khayra...lepas ni boleh join aktiviti petang ye dik...
Beli di kedai basikal Jerantut dengan harga RM80.
Selalu tengok rakan² sebaya Adik ada basikal sendiri dan sesekali Adik pinjam basikal mereka. Jadi, belikanlah sebiji buat Adik... Sengaja MamaAyah pilih warna biru+oren ni padahala ada je warna pink², ungu sesuai untuk si gegirl, warna macam ni kan girl ke boy ke masing² boleh guna.
#adliyanfamily2019
#khayrasafiyamohamadadli

Saturday, 16 March 2019

Throwback : Twin 'Gegirl' MamaAyah

16.03.2019 Sabtu

13tahun yang lalu... Tak banyak gambar Twin ni masa kecil. Dulu hp 'cap ayam'..kamera tiada... gambar banyak simpan dalam pc sekali pc kena sambar petir... habis kesemuanya 😭 jumpa la beberapa keping ni ha...

*Imbas balik... tak sangka MamaAyah Allah kurniakan kembar ini... kembar seiras tau... 1sarung... Tapi perangai langsung tak sama... senang kata tak boleh jadi bff. Aduhai anak.. masa kecil susu pun tak sama. Khalisah - dutch lady, Khairina - lactogen. Kalau tertukar susu mau kembung perut... berkejar la Mama dan Abangnya Muhammad Ihsan bila nampak botol susu twin ni bertukar tangan (masa ni Mama belum kerja)...

Perangai memang langsung tak sama, selalunya si Kakak kena buli dengan si Adik (Adik agak garang, Kakak macam jenis pendam..). Alhamdulillah mujur selalunya kalau demam pun tak sama.... Contoh, Adik demam dulu, Kakak demam kemudian.... Waktu minum susu pun kadang tak serentak.... Tapi  yang selalu serentak bila time berak.... Huhuhuhuhu....

Imbas balik masa kecil memang seronok..tapi masa menghadapinya nak boleh membesar tu menangis la juga Mama weh.... Alhamdulillah...sekarang dah besar.. moga-moga kalian membesar dengan baik.. solehah... tak mahu gaduh-gaduh...

eh... panjang lak cerita throwback ni😅 Pst... agak-agak mana 1 kakak (Khalisah) & mana 1 Adik (Khairina)
 #adliyanfamily
#khalisahbatrisyiamohamadadli
 #khairinabasirahmohamadadli