"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Alhamdulillah... 1st day hari Konvokesyen UiTM Ke 90.... Terima kasih Kakak cantik Nor Haniza Barmawi atas gambar2nya ye....
#darlingniniedanrakanuitm
#ajkskroll
#darlingninietwinpregnancy
#twinpregnancy22w
Kau ampunilah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental & fizikal Kau kurniakanlah aku dgn sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata2 nista & keji Kau kuatkanlah semangatku untuk menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanmu di Arash, Berikanlah aku kekuatan & keyakinan untuk terus bersamanya.. Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbingku di atas titianMu, Kurniakanlah aku sifat kasih & redha di atas segala perbuatannya.. Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di Al-JannahMu, Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk tawaduk akan segala perintahnya.. Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku, Peliharalah tingkah laku serta kata² ku dari menyakiti perasaannya.. Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu, Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah & ragamnya..
Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan hanya untk diriku seorang, Kau tunjukanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi.. Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniamu, Limpahkanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya... Sekiranya suamiku mencintai kesesatan, Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar daripada terus terlena..
Ya Allah, Engkau yang Maha Mengetahui akan apa yang terbaik untukku.. Engkau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan & keterlanjuranku.. Sekiranya aku tersilap dalam membuat sebarang keputusan, Bimbinglah aku ke jalan yang engkau redhai... Sekiranya aku lalai dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai isteri, Engkau hukumlah aku di dunia,tetapi bukan di akhiratMu.. Sekiranya aku ingkar & derhaka, Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu..
Ya Allah..Sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu.. Aku buta tanpa bimbinganMu.. Aku cacat tanpa hidayahMu.. Aku hina tanpa rahmatMu..
Kuatkanlah hati & semangatku, Tabahkan aku menghadapi segala cubaan dari Mu.. Jadikanlah aku isteri yg disenangi oleh suamiku.. Bukakanlah pintu hatiku untuk menghayati agamaMu.. Bimbinglah aku agar menjadi isteri yang solehah.. Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan.. Kerana aku pasrah dengan dugaanMu.. Kerana aku sedar betapa hinanya diriku.. Kerana aku seorang insan yang kerap keliru.. Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu.. Kerana kurang kesabarnku menghadapi cabaranmu.. Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, Isteri yang dikasihi, Isteri yang solehah, Isteri yang sentiasa di hati suami...