"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday, 8 July 2013

Ekspedisi Lepar Utara-Jerangkang-Berakit

06.07.2013 Sabtu 

Hujung minggu ini aktiviti kami sebelum bermulanya Ramadhan pada minggu hadapan... Ekspedisi Lepar Utar -> Jerangkang -> Berakit....

Kami bergerak dari rumah jam 9.50 pagi selepas mama menyiapkan segala bekal makanan untuk di bawa bersama. Laluan pertama yang di ambil Hubby adalah simpang sebelah kiri di mana jalan tersebut agak teruk berlekuk²dan agak jauh. Dengan mengikuti jalan ini, akan melalui kawasan kampung orang asli sebelum sampai ke air terjun Jerangkang.


Namanya pun hutan kan? Kelihatan banyak tahi Gajah di sana sini. Mujur empunya badan (Si Gajah) tak kelihatan. Mau seram juga dibuatnya nanti...

Sampai di persimpangan (sebelum masuk ke dalam adalah kawasan Air Terjun Jerangkang). Kelihatannya Najib (AEV) dan Azmi Tawil (CBF) dah sedia menunggu di sini... Siap test kereta redah sungai & panjat bukit bagai...



Dah habis edisi tadi... Jom kita gerak ke Berakit tanpa pergi ke kawasan air terjun Jerangkang....
Kali ini Hubby ikut jalan lain pula... bukan jalan yang kami lalui tadi.. Syukur Alhamdulillah... jalan ni lebih elok berbanding yang sebelumnya dan juga cepat sampai ke destinasi yang ditujui...

Hubby sebagai pemandu arah... manakala Najib & Azmi mengikutinya dari blakang kerana ini adalah first time bagi mereka melalui jalan ini (Jerangkang ke Berakit)

Jalan yang terkenal dengan nama (jalan jambatan putus)... kena redah sedikit anak sungai...

Kenapa namanya jalan jambatan putus? Ha tengok gambar di bawah ini ye... Asalnya dulu memang ada jambatan. Tetapi kini jambatan itu telahpun runtuh... Sebab itulah jalan ini mendapat nama...


untuk sampai ke Sungai Berakit, nak @ tak kena meredah sungai di bawah ini. Sungai ini juga adalah sungai berakit... Tapi destinasi kami bukan di sini... Ke hadapan lagi.... Airnya tak berapa dalam... sebab bukan musim hujan.


Dah sampai di destinasi yang dituju... Alhamdulillah... Rehat², makan & mandi dulu sebelum bergerak pulang....

Bekalan Mama masak hari ini... Eceh macam nak raya pula.. Nasi impit + Rendang ayam + Roti gulung tuna

Amboi si Kakak...mandi pun siap makan lagi ye...

Adik yang gemar main pasir...

Di tempat² macam ni pasti ada rama². Tetapi hari ni cuma ada seekor ni aja...





Adik dengan anak Najib.... Si Abang (lupa namanya apa)

Gambar ni diambil semasa OTW balik... berhenti di tengah sungai berakit jap...untuk....

Bergambar le...apalagi... ngeeee. Mama la yang jadi juru kameranya. Ayah.... "Awaklah ambil..." Bila Mama hulurkan kamera padanya...


Seperti biasa, mesti ada gambar kami berdua yea.....

Along pun nak bergambar jugalah Mama...

Masa ni bukan berhenti ambil gambar sesaja... Tapi kereta CBF (Azmi) Ada masalah sikit. Absorbernya hilang skru... Mungkin baru perasan.

Siapa itu???? Duk dalam semak tu...ha...watpe tu? weeeee Masa ni baru je lepas aktiviti redah sungai di kawasan Jerangkang. ... Lepas tu panjat bukit secoit tapi payah gak wooo.... Nanti² upload video pulak ye....

Dah jom kita gerak pulang... Ayah laju je menyusur ke Kuantan... Urm..ni takde dalam perancangan ni Ayah weh....

Kesan bukit secoit tapi susah yang mereka test tadi....

Jam 4.30petang tiba di rumah Ibu Mertuaku... Laparnya... Terus cari nasi...

Friday, 5 July 2013

Hasil Perjumpaan Ayah Dengan Guru Kelas Anak² (2013)

04.07.2013  Khamis

Petang semalam masa duk minum petang Ayah bercerita... Semalam kan Ayah ke sekolah anak² Mama ni Ihsan, Khalisah & Khairina bagi berjumpa dengan guru kelas masing² untuk menandatangani buku rekod peperiksaan Ihsan dan mengetahui perkembangan Twin...

Ihsan...
Mata pelajarannya dipenuhi A & B. Bagi Mama & Ayah, pelajaran Ihsan kian merosot berbanding sebelumnya dan mendapat di tempat ke 5/27 dalam kelas. dan ke 6/91 dalam Darjah/Tahun (5). Lain²nya tiada masalah...

Khalisah...
Dia antara 5 pelajar di dalam kelasnya yang melepasi BAND. Syukur alhamdulillah... Kakak berada di dalam kelas kedua (1 Arif) selepas Fatanah (Kelas Pertama), Arif (Kelas Kedua) & Bestari (Kelas Ketiga). Kakak juga merupakan penolong ketua kelas. Cuma anak Mama ni masih tak fasih membaca dan agak 'malas' sedikit bila suruh membaca di rumah. Kalau dia membaca sekali pun tak kedengaran butir bicaranya sebab Kakak takut ditegur jika salah bacaannya. Cuma menurut Ayah, Gurunya beritahu (Cikgu Suhaimi) yang Kakak jenis gemar bercerita. Segala benda diceritakannya. Hatta hal rumah sekalipun. Allahu Akbar.... Aduhai anak. Sampai cikgu tanya 'Ada cerita baru" sebab dah tahu Kakak memang ada ceritanya. Agak Mama, kalau cikgu tak tanya pun laju je Kakak bercerita. Ke hutan la, mandi sungai la dan yang terbaru mandi pantai (Laut).

Khairina...
Berada di kelas pertama (Fatanah. Menurut gurunya (Cikgu Nik), Khairina juga gemar bercerita segala perkara walaupun tak ditanya namun menurut Ayah, Khairina tidaklah sehebat Kakak dalam soal bercerita. Apa yang kurang enaknya, Khairina merupakan murid perempuan yang paling lemah di dalam kelasnya. Jika disuruh buat kerja sekolah. Kena kerap bertanya. Jika disuruh membuat sesuatu, kena beritahu 2/3 kali baru bergerak. Murid lain dah siap menyalin di papan hitam, Khairina masih belum siap. Senang kata bagi Mama, Khairina seperti pahat dengan penukul. Bila di rumah pun...bila ada kerja sekolah, Mamam kenan suruh satu persatu. Kalau tidak, tangannya akan berhenti bergerak. Bila ditengok, apa yang disuruh tadi masih belum ditulis...Aduhai.... kena cakap satu persatu. Bab membaca laju sedikit dari si Kakak...

Aqilah...
Alhamdulillah setakat ini tiada masalah dalam pelajaran... Malam² pun rajin membaca buku sekolah si kakak²nya mahupun buku² cerita yang Mama dan Ayah belikan. Bacaanya sekuat² alam... Nada bacaannya mengikut suku kata sebiji². Biarpun disuruh membaca dengan perlahan, sekejap je perlahannya tu. Kemudian sekuat² alam suaranya...

Kesimpulannya... Mama & Ayah harus fikirkan jalan @ cara yang terbaik buat anak² seramai 4 orang ni agar dapat memperbetulkan dan memberitahu apa yang patut mahupun tidak...

*Anak² zaman sekarang berbeza betul dengan kanak² masa zaman Mama & Ayah dulu. Kalau dulu² nampak cikgu je terus lari sebab takut apatah lagi nak bercerita bagai....Urm...

Thursday, 4 July 2013

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Anak² Mama 2013

20.06.2013 Khamis

Mama di UiTM Terengganu hari ni sebab menghadiri kursus. Malam tadi semasa dalam perjalanan, Along ada telefon memberitahu keputusan peperiksaan pertengahan tahun sekolah KAFA. Khalisah dapat nombor 9 dan Khairina nombor 11. Along sendiri mendapat nombor 3. Tahniah! Esok ada perjumpaan dengan ibu bapa untuk menandatangani buku rekod peperiksaan. Nampak gayanya Atuk lah yang kena pergi sebab Mama dan Ayah tiada. Ayah tak ada sebab sibuk dengan Latihan pusat Persatuan Kadet Polis nya di Kuantan sejak 19.06.2013 hingga 22.06.2013 dan kemudian akan ke perkhemahan peringkat kebangsaan di Melaka  yang dijadualkan pada 23.06.2013 hingga 28.06.2013 nanti.

***************************************************************************
 21.06.2013 Jumaat 

Teringat Mama pada waktu itu yang baru je parking kereta di garaj rumah. Sebelum tu Mama nampak Adik diluar rumah laju menuju masuk ke dalam. Elok je Mama tarik handbrek, Adik muncul dengan memegang buku report card nya dan semangat "Mama, Saya dapat nombor satu!" Teruja sungguh Adik lafazkannya. Mama tak ada berjanji apa². Tapi dengan si Ayah ada... Adik tuntut nak basikal baru sebab basikalnya rosak. Walhal basikalnya cuma perlu ganti rantai dan tiub tayar je....

Keputusan peperiksaan Adik - 6tahun di Pasti Al-Amin, Lepar Utara

*****************************************************************
03.06.2013 Rabu

Malamnya Along beritahu yang esok ada perjumpaan ibu bapa dengan guru kelas untuk melihat keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak². Mama buka SAPS yang sebelum ini asyik di dalam penyelenggaraan dan hasilnya.....

Usaha lebih ye... tahun depan dah nak UPSR


Nota Mama : Apapun, Tahniah Mama ucapkan buat anak² tersayang....


Monday, 1 July 2013

Jom Pulang Ke Rumah... Tapi Singgah Dulu Di...

30.06.2013 Ahad

Hari ni kita bergerak pulang ke rumah pula. Esok dah sekolah...Mama & Ayah pun nak kena pergi work... Petangnya...Lelap kejap... Jam 6.30petang bersiap sedia untuk pulang ke rumah di Felda Lepar Utara 02. Sebelum pulang kami singgah makan di Restoran Taj terlebih dahulu yang bersebelahan dengan Megamall Kuantan. Nyum3x...

Ayah dengan roti nan dan ayam tandoori kegemarannya


Adik dengan roti canainya...

Mama dengan Tosai... TWIN - Mee goreng mamak, Along - Roti telur..(Tak sanp gambar). Penutup hidangan... Sup daging... sedap dan berbaloi dengan harganya RM6.50 sebab banyak bahan. Ada daging dan sayur²an.

Selepas makan, singgah di Kuantan Parade dulu. Tempat yang dituju adalah tempat bermain di tingkat atas... Arcade... Habis RM 5 disini untuk membeli token... Haish....

Anak² girl mama, cari mainan yang boleh naik bertiga sekaligus... Jimat...



Ayah dan Along sempat juga main lumba kereta.



Permainan terakhir sebelum pulang. Twin mulanya tak nak naik sebab 'takut'.... bot nioleng² kiri kanan je pun...


Sampai rumah jam 12.30 malam.... Dari tidur di dalam kereta terus sambung tidur di dalm rumah.... Amboi bukan main lagi nyenyaknya....

Ayah... Dengan rutin sehariannya menghadap komputer. Mama? Ada urusan yang perlu diselesaikan... Basuh kain baju...iron... esok kan sekolah dan hari bekerja...pergh... penat...Jam 2.00pagi baru masuk ZZ

Saturday, 29 June 2013

Jom Mandi Laut (Pantai Batu Hitam, Kuantan)

29.06.2013 Sabtu 
Lokasi : Pantai Batu Hitam, Kuantan, Pahang 
Jam : 6.15petang

Sebenarnya anak² Mama ni bukannya sihat sangat. masing² selesema dan batuk² kecil termasuklah Ihsan. Tapi kalau cerita bab nak mandi sungai ke, laut ke, kolam ke. Demam ke apa ke semuanya tolak ke tepi. Tak sihat, jadi sihat... Sakit pun jadi tak sakit....

Mak Tok dan Pak Teh ikut sekali. Tapi takde makanan untuk berkelah bagai. Sekadar mandi manda sahaja. Mama? Cuma jadi pemerhati... Jam 7.00petang...Jom kita pulang...



Jom Balik Kuantan

29.06.2013 Sabtu 

Rancangan untuk pulang ke Kuantan hari ini diteruskan. Jam 12.30tgh baru bergerak dari rumah setelah selesai urusan lainnya. Kebiasaannya Ayah kalau shortcut ikut jalan Sri Jaya. Hari ni dibuat kelainan sikit, shortcut ikut Jerangkang. Aduhai... macam². Nak tengok jalan mana yang lagi dekat katanya. mana²lah Sayang oi.... Bukan Mama yang bawa kereta pun.

Laluan kami harus melintasi sungai. Mujur malam tadi tak hujan dan air pun tak naik tetapi surut tatkala kami sampai disini.




Sampai Kuantan dah jam 2.15petang... Jadi...kesimpulannya... ikut Sri Jaya @ Jerangkang...masa perjalanannya sama sahaja. Bezanya jalan Sri Jaya lebih luas dan selesa tetapi berdebu berhabuk sebab laluan untuk lori² hantu yang duk melombong biji timah di sini. Jika lalu ikut jalan ni wajib pasang aircond kereta. laluan Jerangkang pula... Jalannya tak best sebab ikut laluan hutan. berlekuk² macam aktiviti offroad pula.

Sampai Kuantan, singgah makan tengahari di kawasan Taman Gelora dulu... Bukan main lagi si Ayah  dan anak² duk mengoder ABC aiskrim (RM 3.50) disaat cuaca panas terik begini. Mulanya order sampai 4. Mama batalkan 1. Minum kongsi² je sebab banyak tu.... Makan... Mama & Ayah nasi goreng ayam.. Anak² Nasi Ayam je.... Siap makan.. jom pergi rumah Mak Tok & Aki....

Petang ni Ayah dah war²kan nak pergi mandi laut...urm...