"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday, 20 June 2022

Tahniah Anakanda AQILAH QISTINA : Olahragawati Sekolah P15 2022

Ahad, 19.06.2022
SBP Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang (INSTAR)

Seawal jam 6.30 pagi kami (Mama, Ayah, Ihsan, Khayra, Khaliq & Khabir) bertolak dari rumah terus meluncur ke INSTAR untuk menghadiri kejohanan sukan tahunan sekolah anakanda Aqilah Qistina. Anakanda yang seorang ni sememangnya dari kecil minat dengan sukan terutamanya larian. Acapkali bertanya MamaAyah datang tak sekolah saya Ahad ni?

Jam 9.30 pagi kami tiba di sekolah namun tak sempat untuk melihat acara perbarisan. Namun sempat melihat lagi 2 acara lain yang Aqilah sertai... 4 x 100m dan 4 x 400m. Alhamdulillah... Emas untuk ke dua²nya. Aqilah merasakan yang dia layak mendapat anugerah olahragawati dengan pingat emas lainnya.

Semasa acara penyampaian hadiah... diumumkan pemenang katogeri satu persatu. Namun, tatkala penyampaian anugerah Olahragawati bagi perempuan P15 diumumkan dengan penama mendapat 3 emas, Mama tahu hati Aqilah berbunga dan KECEWA apabila nama yang diumumkan bukanlah nama dia. Mama tengok balik pada gambar medal emas yang mama ambil sebelum ini. Mama telek satu persatu, betul Aqilah juga ada 3 emas mungkin bukan milik dia kali ini.

Sehinggalah program/majlis hampir tamat... Aqilah tiba² muncul dari belakang khemah sambil menangis teresak² dan terus peluk Mama. Ketara betul kesedihannya. Mama tak tanya dan hanya cakap "Sabar, Mama tahu kenapa awak menangis... Nanti bila² masa pergi tanya cikgu kenapa saya tak layak" Aqilah tetap menangis teresak² tanpa sepatah kata. Hiba hati Mama dibuatnya... tak pasal² Mama pun nangis juga. Naluri Mak² agaknya....  Sedih bilamana tahu anak tu dah berusaha sebaik mungkin namun bukan rezeki dia dan dia betul² kecewa.

Tiba² dengar pengacara majlis/guru buat pengumuman baru mengenai kesilapan mereka. Ada 2 olahragawati P15 pada tahun ini terus umum nama Aqilah... Terkejut juga sebab secara tiba² dan Aqilah masih menangis. Namun, dia bangun juga untuk ambil piala walaupun masih menangis. TAHNIAH buat anakanda MamaAyah AQILAH QISTINA! You deserved it! Buat habis baik untuk MSSP pada 23/06/2022, Khamis nanti di Bera ye....