"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday, 15 August 2022

Selamat Hari Lahir Yang Ke 3 Tahun Kembar Khaliq & Khabir

Isnin, 15/08/2022

3tahun dah umur si bongsu ni...
Khaliq dah petah bercakap manakala Khabir bercakap hujung² je sebab pelat. Kena suruh dia ulang 2/3 kali kalau Mama tak faham ayat yang dia cuba sampaikan tu... Kadangkala minta tolong Khayra @ Khaliq terjemahkan apa maksud adiknya... Eh, faham pula mereka...
Free pampers? Haa tengah belajar la ni... kecuali buang air besar, mereka tetap minta pampers lagi Tapi...bila sibuk bermain ada masanya terlepas juga air kecilnya tu. Masing² beritahu kat mana tempat terkucilnya tu...
Teman sepermainan Khayra sekarang. Main doktor/baby²/nyorok²/kejar²/pondok²... Ha... Dah penat selalunya bergaduh la.
Khaliq ni buat Mama jadi geram kalau datang peel tak nak dengar kata. Dia memang wat dek je bila dipanggil. Khabir dah kurang peel tantrum... Masih ada tapi tak seteruk dulu.
Khaliq kalau tidur wajib ada alas kepala/bantal... Tak apa tak
peluk
Mama, janji Mama berdekatan. Tapi... Kalau si Khabir, tidur siap nak berbantalkan lengan Mama. Berpeluk... Kalau tersedar malam Mama tak ada, siap la dia bangun cari.
Kembar tak seiras ni memang peel nya lain². Ketara sangat bila berebut rancangan tv. Contohnya, Khaliq nak tengok lori...Khabir nak tengok Ejen Ali... Ha masa ni sakit kepala Mama dibuatnya.
Khaliq makan agak memilih, tak suka sangat makan nasi putih. Kalau nasi goreng ok sikit. Tapi minat betul nasi lemak... Suka makan lauk pauk ayam, daging, mee, bihun... Sayur langsung tak minat... Kuat minum susu. Kadang diam² dia capai botol Khabir tolong habiskan susu. Siap la Khabir marah kalau dia nampak...
Khabir suka makan... Macam Mama... Hampir semua dia nak cuba termasuk sayur... Susu kurang sikit. Tapi... Masing² suka makan buah²an.
Dah tak tidur buaian. Tapi nak kena berperang bila disuruh tidur siang. Suruh tidur bukan main payah. Nak suruh bangun pun jenuh nak kejut. Kalau dibiarkan tidur siang lama malam karang lewatlah tidurnya
Begitulah... Si bongsu MamaAyah ni... Sekejap je tau² dah besar...
Selamat Hari Lahir buat anakanda Khaliq dan Khabir... Moga menjadi anak yang soleh... Berjaya, bahagia di dunia juga akhirat... Sentiasa dipermudahkan segala urusan serta di lindungi Allah SWT. Aamiin Ya Rabb.

Mama belikan ayam goreng KFC masa balik dari kerja tadi. Saranan dari Ayah... Masing² pun dah pandai nak ayam goreng. Tahu dah mesti nak ayam bahagian peha pengaruh dari cerita upin dan ipin. Mujur la ada rezeki anak² bertuah ni.... Sebelum tu Mama belikan juga donut colat untuk anakanda cilik bertiga ni... Tapi... Kembar makan coklatnya aja. Khayra habis juga 3/4 donut. Dah kenyang katanya...donut Mama beli besar sangat...

Disebalik gambar yang mesra ni berkali² Mama dan Ayah bagi arahan. Mama jenuh snap tap tap tap dan pilih dari gambar yang banyak² tu. Inilah hasilnya.... Bolehlah kan.....

Ini Mama bersama 3 si cilik setibanya dari pejabat. Masing² baru lepas menyusu dari botol. Mama tumpang sekaki nak baring jap sambil buka kamera. Eh masing² sibuk nak bergambar juga.

Jom bermain kat luar rumah kejap. Tengok tu si Khaliq, lawa sangat memek mukanya... Dia yang sibuk ajak bergambar tadi dia pula cakap "Mama cepatlah, saya dah penat"

 

Sunday, 24 July 2022

Bawa 3 Cilik Ke Pusat Sains Negara

Ahad, 24/07/2022
Pusat Sains Negara

Dah berapa kali Ayah suarakan nak bawa Khayra, Khaliq dan Khabir ke Pusat Sains Negara... Ha, tau² dah sampai hari ini tanpa perancangan pun. Petang semalam (Sabtu) bergerak dari rumah dan tidur semalaman di Hotel OYO dan dari hotel terus ke sini.

Pengalaman pertama bagi anakanda cilik ni berjalan² luar dari Negeri Pahang selepas pandemik (sekarang di fasa endemik). Teruja? Sememangnya nampak keterujaan 3 kecil ni teroka tempat baru. Urm... dah pula tu langsung tak takut orang. Ke sana sini ikut sesuka hati. Memang mata jangan la terlepas. Ligat memang ligat terutama si Khaliq dan Khabir.

Oleh kerana masing² tahu apa itu dinosaur sebab rajin tengok di youtube, maka kami ambil kesempatan masuk ke dalam ni juga. Masih sama sepertimana MamaAyah bawa Abang dan Kakak²nya masa mereka kecil dahulu dan itu jugalah dinosaur nya. Siap nampak kesan dah terkoyak kulit dinosaur itu. Alahai..... Takut? Si kecil ini mula² je nampak takut, lepas tu urm.... hilang perasaan takutnya tu.

Habis di Dinosaur Encounter, jom kita teroka tempat lainnya.... Memang masing² teruja dan semangat nak mencuba semua benda yang ada. Oh ya di sini ada ruangan khas untuk anak umur 4tahun ke bawah. Ha... kat sini lega sikit sebab masing² leka bermain.

Mama ada tulis pasal anakanda kembar ni ligat dan tak takut orang kan. Masa di sini, Ayah tengok²kan Khaliq, Mama tengok²kan Khabir, Along tengok²kan Khayra. Tapi itu la kan. Masa tengah bermain di blok² mainan, entah masa bila Mama memang tak nampak langsung begitu juga si Along padahal masing² duk menghadap pintu masuk tempat bermain blok tu.... Mama perasan ada Khayra je. Mata Mama melilau cari Khabir, TIADA!

Mama terus bangun dari kerusi dan terus pergi ke tempat yang dia pernah bermain berdekatan. Kompem tak ada kelibatnya di mana! Allahu... Mama nampak Ayah dengan Khaliq, kut la ada sekali... Memang tak ada juga... Mata Mama memang dah melilau dengan fikiran dah set mind warna baju dan seluar dia pakai sambil panggil² namanya.... Kut² dia terdengar dan datang kan. Ye la ramai sangat orang hari ni. Hati memang berdebar. Degup jantung Mama memang dah laju masa ini. Mama cuba bertenang.... Tiba² Mama teringat masa keluar dari ruang bermain untuk kanak² umur 4 tahun tadi dia ada cakap "Saya nak naik atas, nak tengok dinosaur" Mama cakap tak boleh la... dinosaur penat.... dia terus ke tempat lain untuk bermain... Ha... Mama dah atur langkah nak ke tingkat atas sambil 'scan' semua orang yang tengah lalu lalang di kawasan nak ke sana.

Hati berdoa, mata melilau, mulut memanggil. Mama dah tak peduli dengan orang sekeliling dah. Tarik nafas panjang.... Mama mulai naik, seingat Mama tak sempat 10 langkah, Mama nampak kelibat Khabir tengah berjalan menurun dicelah² orang seorang diri sambil mata dia pun melilau² seolah² mencari seseorang. Mama tarik nafas lega... Mama tunggu dia turun, tiba² dia perasan Mama di laluan, terukir senyuman dibibir dia sambil lari meluru ke arah Mama.... Mama sambut dia... Allahu... Aduhai la anak.... "Mama pegi mana? Mama tinggal saya ke?" soalnya.... Eh eh dia ni... dia yang tinggal Mama entah ke mana².... Khabir peluk Mama erat². Lepas pada tu, baru lah dia nak kemana² cari/pegang tangan Mama. Kalau tidak, sebelum ni memang langsung tak nak dipegang! Nak berjalan sendiri je. Terima kasih Ya ALLAH.... Memang betullah dia nak pergi tengok dinosaur tu lagi.

Dah penat di sini jom kita keluar cari makan. Kami makan di cafe yang ada di sini. Semangat bermain masih lagi membara. Mujur kawasan taman/kolam tu ditutup (berpagar tali tape putih merah) kalau tak mau sambung main di sana pula.

Memang berbaloi sebab masing² jenis teruja dan tak takut... Seronok tapi agak takut² dengan dinosaur.

#kembarkhaliqdankhabir














 

Monday, 20 June 2022

Tahniah Anakanda AQILAH QISTINA : Olahragawati Sekolah P15 2022

Ahad, 19.06.2022
SBP Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang (INSTAR)

Seawal jam 6.30 pagi kami (Mama, Ayah, Ihsan, Khayra, Khaliq & Khabir) bertolak dari rumah terus meluncur ke INSTAR untuk menghadiri kejohanan sukan tahunan sekolah anakanda Aqilah Qistina. Anakanda yang seorang ni sememangnya dari kecil minat dengan sukan terutamanya larian. Acapkali bertanya MamaAyah datang tak sekolah saya Ahad ni?

Jam 9.30 pagi kami tiba di sekolah namun tak sempat untuk melihat acara perbarisan. Namun sempat melihat lagi 2 acara lain yang Aqilah sertai... 4 x 100m dan 4 x 400m. Alhamdulillah... Emas untuk ke dua²nya. Aqilah merasakan yang dia layak mendapat anugerah olahragawati dengan pingat emas lainnya.

Semasa acara penyampaian hadiah... diumumkan pemenang katogeri satu persatu. Namun, tatkala penyampaian anugerah Olahragawati bagi perempuan P15 diumumkan dengan penama mendapat 3 emas, Mama tahu hati Aqilah berbunga dan KECEWA apabila nama yang diumumkan bukanlah nama dia. Mama tengok balik pada gambar medal emas yang mama ambil sebelum ini. Mama telek satu persatu, betul Aqilah juga ada 3 emas mungkin bukan milik dia kali ini.

Sehinggalah program/majlis hampir tamat... Aqilah tiba² muncul dari belakang khemah sambil menangis teresak² dan terus peluk Mama. Ketara betul kesedihannya. Mama tak tanya dan hanya cakap "Sabar, Mama tahu kenapa awak menangis... Nanti bila² masa pergi tanya cikgu kenapa saya tak layak" Aqilah tetap menangis teresak² tanpa sepatah kata. Hiba hati Mama dibuatnya... tak pasal² Mama pun nangis juga. Naluri Mak² agaknya....  Sedih bilamana tahu anak tu dah berusaha sebaik mungkin namun bukan rezeki dia dan dia betul² kecewa.

Tiba² dengar pengacara majlis/guru buat pengumuman baru mengenai kesilapan mereka. Ada 2 olahragawati P15 pada tahun ini terus umum nama Aqilah... Terkejut juga sebab secara tiba² dan Aqilah masih menangis. Namun, dia bangun juga untuk ambil piala walaupun masih menangis. TAHNIAH buat anakanda MamaAyah AQILAH QISTINA! You deserved it! Buat habis baik untuk MSSP pada 23/06/2022, Khamis nanti di Bera ye....









Saturday, 22 January 2022

Jalan² 2022 Sate Temeen, Jerantut

Sabtu, 22/01/2022 
Sate Temeen, Jerantut, Pahang

Setelah melalui perjalanan yang panjang semata² nak tengok view tadi, dalam perjalanan balik, Khaliq 3 kali muntah. Kesian dia... "Sakit perut" katanya. Muntah yang memang segala isi perut dikeluarkan rasanya. Lepas muntah kali ke 3 dia dah kepenatan, tertido. Mujur pakaiannya tak basah. Yang basah, seluar Mama... Tak sempat nak buat apa dah. Mama tadah plastik suruh muntah dia marah² tak mahu. Bakul susu pun habis kena muntah dia. Semerbak bau perfum semulajadi.

Khabir, Alhamdulillah tak muntah² sangat. Muntah sikit je semasa perjalanan pergi tadi. Perjalanan balik, dia lapar...lepas makan biskut, makan jajan... Tak lama kemudian dia pun tertidur sendiri. Khayra? Alhamdulillah... Dia kalau naik kereta ke mana² selalunya kalau rasa tak selesa/mual dia akan baring dan tido sahaja.

Bertolak dari Bukit Awan jam 6.30ptg dan sampai ke Bandar Jerantut jam 8.15mlm. Perut mula lapar, singgah di PasarayaKu dahulu suruh Aqilah belikan seluar track untuk Mama. Selepas itu ke masjid bandar lama bersihkan/uruskan apa yang patut. Selesai di sini, kami terus ke tempat makan, Sate Temeen.

Elok je duduk, staf beritahu siap² yang ada cuma sate sahaja dan makanan lainnya tiada... Kami pesan berdasarkan menu yang ada. Mama pilih set kombo sate ayam+daging+kambing+nasi impit. Air pilihan masing².

Puas hati makan, besar² isi sate nya. Lembut pun lembut. Kuahnya pun boleh tahan sedap. Syukur Alhamdulillah kenyang dan siap bungkus sebab makan tak habis. Sangat disyorkan.

#adliyanfamily2022
#adliyanfamilyjalanjalan
#bandarjerantut
#tempatmakanbandarjerantut
#satetemeenjerantut
 




 

Jalan² 2022 Bukit Awan, Jerantut

Sabtu, 22/01/2022
Bukit Awan, Jerantut, Pahang

Panas lit lit nak buka mata pun payah haih....walhal masa kami sampai dah hampir jam 6ptg.Orang pun tak berapa nak ada. Si kecil siap bermandi peluh...
Uish... jauhnya rasa nak boleh ke sampai tu... ada kut dalam 1 1/2jam dari simpang jalan utama Jerantut.
Si kecil siap pakej muntah pergi dan balik... Aduhai la anak... Khaliq yang kerap muntah. Dia mengadu sakit perut... tak lama kemudian... "Mama nak untah"... habis isi perut. 6.30 petang kami gerak balik. Tengok ramai orang mula datang ke sini siap bekal nak berkelah lagi.







 
Susah betul nak boleh ke dapat gambar cantik...Aduhai anak²



Nampak cahaya matahari tu macam cahaya bulan pula. 

Jalan² 2022 Taman Negara, Jerantut

Sabtu, 22/01/2022
Kuala Tahan, Taman Negara, Jerantut, Pahang

Asalnya kami ke Bandar Jengka servis kereta di Pusat Servis Proton di Jengka 14... Seusai makan tengahari, ke Econsave jap beli jiwa si kecil (beli mainan) lepas tu ke mana kita? Haaa...tiba-tiba sampai ke sini... En Suami ni yang "Jom kita..." Ku layankan aja...bukan I drive kan... Lama sangat dah tak ke mana-mana.
Sepanjang perjalanan Khayra, Khaliq dan Khabir ini tidur kepenatan berlari sana sini sejak dari tadi. Perjalanan dari Bandar Pusat Jengka ke Kuala Tahan boleh tahan juga jauhnya. Pemandangan terasa ala² nak ke Cameron Highland gitu.... Lamanya tak ke CH. Alhamdulillah perjalanan kami "smooth" je.

Elok je sampai, Si Kembar kecil masih tidur. Khayra memang automatik bangun kalau kereta dah mula parking. Tapi nak kejutkan si kecil berdua ni mudah je... Jerit kecil sikit, "Yeay dah sampai!" Ha, memang auto terbangun dan teruja nak tengok sekeliling umpamanya nak tanya "Kita kat mana ni?"

Cuaca panas terik! lit lit menyengat pandangan mata. Acaner nak bergambar, senyum ni. Perlahan² turun juga dari kereta tengok air sungai. Teruja melihat bot yang meluncur di atas air. Tapi... Si Khabir, ya ampun... sup sap, sup sap hilang dipandangan laju je nak ke sana sini. Mujur la si Abang Khaliq 'behave' sikit tak selaju adik si adiknya Khabir, ligat betul! Tak menyempat nak bergambar elok, berdesup pusing ilang. Penat mengejar dia je... langsung tak mahu dipegang. Seronok sangat dia ye... Muka dah merah dek kerana panahan cahaya matahari...

Khayra yang sibuk jomlah balik....


Khaliq, tenang je dia menyaksikan air sungai dan bot yang lalu

Khabir..., ha... nak kemana tu??? Tak reti duduk diam sungguh si kecil bongsu ni

Kakak Aqilah penolong jaga adik² sebab dia seorang je yang PDPR, Kakak Kembar, di asrama.




Tengoklah si kembar kecil ni. Tak mahu dipegang tau... Mujur memang tak banyak kenderaan dan juga orang. Lengang je kawasan sini tak macam sebelum covid19. Meriah betul dengan penduduk tempatan dan juga luar negara. Hari ni tak nampak langsung "Mat Salih"

Wednesday, 12 January 2022

Khalisah Lompat Pagar!

Khalisah si kembar Kakak. Sepanjang cuti sekolah elok je.... nak masuk asrama tiberrr injured... Kisahnya Jumaat malam Sabtu dia melompat pagar dapur (berpagar sebab nak elak adik twin hora horey di dapur) Salah lompat, tak lepas, kaki tersadung, gedebuk jatuh macam nangka busuk... Selalu elok je melangkah, dah kenapa tiberr melompat pula. 

Isnin, 10/01/2022 : Kakak ditemani adiknya Aqilah ke Klinik Kesihatan Lepar Utara 04, Doktor suruh X-Ray sebab kaki Kakak bengkak, badan pula sakit-sakit... Jalan dah jengket-jengket kadang silap langkah leh nak terpeleot gitu. 

Selasa, 11/01/2022 : Kakak ikut Mama ke pejabat dan dia lepak di surau sementara nak ke Klinik Sulaiman untuk X-Ray. Jam 11 kami pergi...Alhamdulillah dipermudahkan dan urusan pun lancar je. Jumpa Doktor terus, Mama masuk sekali.... Alhamdulillah hasil X-Ray semuanya baik-baik sahaja... Doktor bagi MC dan ubat... Doktor tanya puncanya...Mama ceritalah yang benar gitu... gelak Doktor dibuatnya... dia ingat lompat pagar sekolah.... aduhai... 

Hari ini, Rabu, 12/01/2022.. bengkaknya dah surut.. jalannya dah tak terlalu jengket lagi. Semakin pulih. Alhamdulillah.... 

#adliyanfamily2022 #khalisahbatrisyiamohamadadli


 

Saturday, 8 January 2022

Kami di Tahun 2022

Sabtu, 08/01/2022
Pantai Teruntum, Kuantan, Pahang