30.04.2020 Khamis
17 Ramadhan 1441H
#covid19pleasegoaway
#malaysiapkpfasa4day2 (44hari)
Menu iftar semalam dan hari ini... "Kuih Cara". Semalam buat versi berlauk kentang+ayam anak-anak tanya kenapa tak buat yang manis banyak sebab Mama buat sikit je untuk Kakak Khayra. Ha.. hari ni repeat buat lagi versi manis pula warna pink gitu... warna putih tu kosong je untuk anakanda kembar. Renyah nak buat kuih ni sebab acuannya tu kecil je bunganya (acuan dapat dari Mak tu...) makan masa lak tu... nak ngap nya cepat je.... apapun syukur Alhamdulillah..
Resepi tepung
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan
1 cawan air
Sedikit garam
*agak-agak je macam bancuhan nak buat lempeng tu
Nota : Kalau tiada santan guna air biasa je pun boleh cuma rasanya kurang lemak sikit la.
Resepi 'berlauk' simple
2biji kentang dipotong dadu
1 biji bawang besar saiz sederhana
1 ulas bawang putih
Isi ayam dicincang
1 sudu besar serbuk kari
Garam+gula+perasa
#adliyanfamily2020
#daridapurdarlingninie
#daridapurdarlingninie