"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Wednesday, 2 December 2020

Penganugerahan Diploma/ Ijazah UiTM Tahun 2020 Secara Janji Temu

02.12.2020 Rabu
Dewan Indera Segara UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Penganugerahan Diploma/ Ijazah UiTM Tahun 2020 secara janji temu. Tugas hari ini sebagai AJK skrol dan transkrip... 

Alhamdulillah semua berjalan lancar mengikut SOP 

#darlingninie #darlingniniedanrakanuitm









Sunday, 18 October 2020

Naik Kereta Sorong

18102020 @ Ahad

Santai pagi Ahad...
Seronok sangat Ayah tolak dalam kereta sorong tu... Kakak Khayra pun sama naik nak juga join adik kembar....

Saturday, 17 October 2020

Kakak Khayra Nak Tanam Pokok

17102020 Sabtu

Pagi Sabtu lalu... Nak tolong Ayah tanam pokok juga katanya... sebenarnya... Haaa nampak sebelah tu... Siap mainan dia sekali.... Tak sempat siap satu plastik... "Kakak Khayra dah penat la Ayah...." #adliyanfamily2020 #khayrasafiyamohamadadli

Sunday, 9 August 2020

Anakanda Twin Kerjasama 'Kemas Mainan'

09082020 Ahad

Bekerjasama berganding bahu... Tolong menolong bantu membantu... Bila Mama ke dapur jap goreng cokodok, anak-anak kat depan senyap sunyi je tak ada yang datang jenguk, selalu ada je yang datang gegar pagar. Mama la kena menjenguk... Haaaa patutla kan... Seronok ye dah pandai nak terbalikkan bakul mainan tu... Halah halah halah.... Seronok sangat... Ikut la nak oiii... Janji bahagia sudah😅. Kakak Khayra ada ralit layan didi & friends kat tv (lagu wajib pasang dah sekarang ni) #adliyanfamily2020 #kembarkhaliqdankhabir







Thursday, 30 April 2020

Kuih Cara Manis & Berlauk

30.04.2020 Khamis
17 Ramadhan 1441H
#covid19pleasegoaway
#malaysiapkpfasa4day2 (44hari)

Menu iftar semalam dan hari ini... "Kuih Cara". Semalam buat versi berlauk kentang+ayam anak-anak tanya kenapa tak buat yang manis banyak sebab Mama buat sikit je untuk Kakak Khayra. Ha.. hari ni repeat buat lagi versi manis pula warna pink gitu... warna putih tu kosong je untuk anakanda kembar. Renyah nak buat kuih ni sebab acuannya tu kecil je bunganya (acuan dapat dari Mak tu...) makan masa lak tu... nak ngap nya cepat je.... apapun syukur Alhamdulillah..

Resepi tepung
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan
1 cawan air
Sedikit garam
*agak-agak je macam bancuhan nak buat lempeng tu

Nota : Kalau tiada santan guna air biasa je pun boleh cuma rasanya kurang lemak sikit la.

Resepi 'berlauk' simple
2biji kentang dipotong dadu
1 biji bawang besar saiz sederhana
1 ulas bawang putih
Isi ayam dicincang
1 sudu besar serbuk kari
Garam+gula+perasa

#adliyanfamily2020
#daridapurdarlingninie
#daridapurdarlingninie