"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday, 17 June 2018

Misi Cari Makan Di Malam Raya Ke 4

17.06.2018 Ahad

Anak² mula lapar... Kedai makan banyak yang masih tutup.... semalam kami dah makan di Restoran Aliff depan Megamall, Kuantan... malam ni nak makan di mana? En. Hubby kata nak makan di KFC. Mama ikutkan sahaja, tak kisah makan di mana sekalipun.... KFC pertama yang En. Hubby cuba pergi adalah di Teluk Cempedak, namun perjalanan kami terbantut disini memandangkan nun jauh disana nampaknya jalan begitu sesak termasuklah di drive-thru, apatah lagi kalau nak cari parking dan makan di dalamnya...

Hubby terus ke KFC Air Putih pula, nampak dari pintu kaca tertera waktu operasinya hingga jam 11malam sahaja dan orang yang beratur pula masih ramai. Ketika ini jam sudahpun pukul 10malam. Sudahnya kami ke KFC Jalan Besar pula kerana di situ waktu operasinya sehingga lewat malam (jam 2pagi). Namun terbantut sekali lagi sebab orang penuh beratur di kaunternya... Cubaan terakhir kata En. Hubby, KFC Indera Mahkota.... Anak² mulai tidur kerana mengantuk bermain siang tadi...

Sampai di simpang masuk (kena lalu di hadapan MCD terlebih dahulu) nampaknya jalan juga sibuk dengan kereta, namun kerana KFC ini operasinya 24jam, En. Hubby gagahkan jua... Rezeki kami untuk parking dipermudahkan dan masuk sahaja ke dalam, orang yang beratur tidaklah begitu ramai. Alhamdulillah....

Ramai orang cari makan malam² macam kami rupanya... semua gegirl tidur dah masa misi mencari tempat makan (KFC) ni. Jadinya bila sampai di KFC Indera Mahkota ni baru mereka bangun dan sibuk bertanya "Mama, kita kat mana ni?"... hahaha... Mama jawab di Kolumpo gitu... mereka pula antara percaya dengan tidak je... siap makan jom kita pulang untuk tidur.... Masa dijalanraya mereka nampak papan tanda "Kuantan" hahahahahaha... barulah tahu yang mereka bukan di kolumpo pon rupanya.....

#darlingniniefamily
#adliyanfamily





Friday, 15 June 2018

Salam Aidilfitri 1439H

15.06.2018 Jumaat/01 Syawal 1439H

Syukur Alhamdulillah.... Ramadhan kali ini anakanda sulung Muhammad Ihsan (MRSM) bercuti awal pada 02.06.2018/Sabtu dan sekaligus dapatlah MamaAyah menyambut bulan Ramadhan dengan anak² tersayang....

Aidilfitri kali ini giliran rumah AyahMak di Lepar Utara memandangkan adik² yang lain beraya di rumah keluarga mertua masing²... Gambar kenangan tak banyak... sekadar adanya.... Ihsan ikut rakannya Faiz (Along) pergi beraya manakala gegirl Khalisah, Khairina & Aqilah pula semangat beraya di kawasan blok 3 rumah AtokNenek ni.... dar pagi hingga ke petang baru nampak muka...

Adik Khayra juga semangat berhari raya... ikut si Ayah dan Atok pergi baraan gitu.... tak menangis malah seronok sangat dia walaupun kepenatan... Tidur sekejap... bangun² gelisah sebab tiada Kakak/Abang nak bermain... Bila ada yang datang rumah beraya baru Adik kembali ceria... Aduhai omeynomeyha ni....

#adliyanfamily
#darlingniniefamilyraya



*Adik sibuk nak gigit manik di baju tu ha....






Monday, 11 June 2018

Quill City Mall Kuala Lumpur, Perjalanan Yang Tidak Dirancang

11.06.2018 Isnin

Hari ini Mama ambil cuti, pagi ni ceriberi... Jam 8.30pagi, kami sekeluarga bertolak ke Kuala Lumpur atas cadangan En. Hubby... katanya nak ke Quill City Mall... Mama ikutkan sahaja...Sambil² jalan² cuci mata mana tahukan boleh shopping raya.

Kita pusing²... ambil gambar di pameran #yassraya2018 (boleh join contest di instagram tau). Beli baju t-shirt untuk si gegirl dan juga shopping sehelai dua baju si Ayah. Alhamdulillah harganya banyak harga promosi sempena raya ni kan...

Siap berbuka puasa disini alas perut dengan roti, kami meluncur laju pulang ke rumah sebab esok Mama nak kena kerja... En. hubby dan anak² lain takpe lah sebab masing² dah mula cuti sekolah.... Rabak mata Mama ni karang. Sebelum tu kami singgah makan di Sate Haji Samuri terlebih dahulu.

#darlingniniefamily
#adliyanfamilyjalanjalan