"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Saturday, 19 December 2015

3D Gallery Sungai Lembing, Pahang

19.12.2015 Sabtu

Bila datang mood nak berjalan². Hari ni En. Hubby ajak berjalan² di 3D Gallery Sungai Lembing. Tempat yang baru dibuka dan agak menarik untuk dikunjungi. Layankan sahaja.... Jom...

Sebelum tu nak cari Gallery ni kena rajin² tengok signboard ye sebab bagi Ninie ianya tak boleh nampak terus dari jalan utama.

Waktu Operasi :
8.30am - 6.30pm

Tiket :
RM 16 Dewasa
RM 12 Kanak²

Address :
Jalan Muzium, Kampung Kolong Pahat, 26200 Sungai Lembing, Pahang, Malaysia

Tutup? Tak pula dinyatakan.


Ha...Ini gambar tokey nya ye... Masa kami sampai tadi ramah sangat orangnya....