23.12.2015 Rabu
Sekarang kan musim cuti sekolah. Kali ni Hubby ajak jalan² ke Melaka ke rumah Kakak nya yang baru sahaja berpindah ke sana. Ninie layankan aja... Anak² tak kisah kalau bab berjalan ni memang sentiasa teruja.
Jikalau tadi kami di Putrajaya, kini kami dah pun tiba di Muzium Automobil Nasional, Sepang... Hubby ni memang rajin sangat nak drive sekali sekala katanya.... Kekonon nak masuk la litar sepang tu... Rupanya tak boleh nak masuk sesaja. Dengar la dari luar ni bunyi motor berdaung² tengah buat latihan agaknya.
Masa kami sampai, tiada pun nampak pelawat lainnya. Risau juga pada mulanya jika kami sampai sini sia² sahaja. Namun malu bertanya sesat jalan... Jadi setelah bertanya dengan pengawal keselamatan di sini, katanya boleh masuk ke dalam muzium walaupun bahasa dia kurang Ninie nak faham sebab terang² bukan warganegara Malaysia. Hihiiii
Dah jom masuk... Ok... Tiada bayaran ye... Tulis nama je....
Waktu Melawat :
9.00pagi - 6.00 petang
Tutup :
AHari Raya Aidilfitri & Hari Raya Haji