"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday, 31 August 2015

Mee Calong Sedap Di Beserah, Kuantan

31.08.2015 Isnin

Hubby terasa lapar... Nak makan apa ye... Ninie google sekejap makn waktu tengahri/sedikit petang (2.45ptg) di Kuantan ni mana yang sedap agaknya. Sebenarnya kami ni jarang² sangat makan tengahri diluar. Entah kenapa dengan En. Hubby hari ini... Petang nanti sebelum jam 6 nak kena hantar Ihsan masuk asrama.

Pencarian di google nampaknya membuahkan hasil. Kami menuju ke Beserah mencari kedai mee calong. Ninie memang tak ingat langsung rasa mee calong ni sebab rasanya lama sangat² tak makan. Ikut pencarian mengatakan ianya sedap dan harganya pun murah. Jom kita cuba, tak cuba tak tahu kan!

Ok... kami semua pesan menu yang sama. Ngam² la semangkuk tu untuk seorang makan. Anak² memang sorang satu kali ni sebab macam tak sesuai/sikit untuk dikongsi. Alhamdulillah sedap... habis semuanya... Tapi waktu kami datang katanya keropok lekor dah habis. Ada sedikit kekecewaan di sini....

Alhamdulillah... Kenyang... sedap... Cuma.... muka pelayan dan cashier tu kureng... Payah bebeno nak senyum.... Aduhai... Kalaulah tengah lapar giler... Takde perasaan nak makan nengok ke muka deme tu gamaknya.... Maaf..... (*-*)




Saturday, 29 August 2015

Jom Ke Muzium Negara

29.08.2015 Sabtu

Nak ke mana kita kali ini? Hubby tanya anak², "Ayah nak pergi Kuala Lumpur ni... Awak semua (merujuk kepada si gegirl) nak pergi jalan mana?"  Si Kaka mengambil buku teks nya dan menunjukkan bangunan yang terdpat dalam buku tersebut. Bangunan Muzium Negara. Al maklumlah tak pernah sampai... Entah apa yang dibayangkan leh mereka agaknya.... "Boleh" uhar si Ayah... Nanti kita pergi.

Sebenarnya hari ini tujuan nak ke KL untuk menumpang tidur di rumah Kaka Ipar ku (Akak Wati) sebab hari keesokkannya nak ke Kuala Selangor menghadiri kenduri sepupu sebelah Ninie. Kiranya ke Muzium Negara ni nanti sambil menyelam minum air lah.

Ihsan pula akan kami ambil di perhentian bas pekeliling sebab Along naik bas dari Kuantan jam 12.30ptg dan dijangka sampai jam 3.30ptg. Jadinya jam 12tgh kami dah mula bergerak keluar dari rumah. Siap nampak bas Ihsan lalu di highway masa kami berhenti untuk solat sebentar.

Jalan hari ni aduhai jem tak usah nak kira walhal highway. Maunya tidak sebab bapak polisi la ni duk sekat jalan sana sini... Habis jem dekat 5km ada rasanya gara² ada perhimpunan Bersih 4.0. Mak ai... beria² betul Polis ni... Tapi macam hangat² taik ayam je... Ramai yang duduk dari buat kerja... Maunya tak jem. Lorong satu je yang dibuka. Cerdiikkkkkkkkkkknya mereka.

Ihsan sampai dahulu sebelum kami... Hampir 40minit kemudian baru kami sampai untuk ambil Ihsan dan terus menuju ke Muzium Negara. Wah nampak macam dah lain sikit. Akhir sekali Ninie jenguk ke sini waktu mengandungkan Ihsan jika tak silap. Sekarang Ihsan dah 13tahun... logiklah lain sikit kan....

Tiket Dewasa RM2/person
Kanak² Percuma
= RM 6.00

Waktu Operasi :
9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.
Muzium akan ditutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Jom jalan².... Tapi kehadiran kami kali ini agak sedikit kecewa dengan keadaan menahan kencing sebab tandas bergerak yang ada tak boleh digunakan. Berkunci tau... Nak tanya pada siapa pun tak tahu... Haish.... Tandas awam pun begitu juga.....












Dah selesai di sini kami menjamu selera terlebih dahulu sebelum ke rumah Akak Wati.... Kejap lagi boleh terus mandi dan tidur.... weeeeee





Thursday, 27 August 2015

RESEPI : Kek Cawan Kukus Sunquick Sukatan Cawan


Sebenarnya ini resepi kek yang Ninie pepandai je olah guna bahan yang ada. Oleh sebab tepung kek naik sendiri blue key tiada, Ninie guna tepung gandum je... mixer pun tiada...so gaul je tepung dengan bahan yang di blend guna senduk nasi. Nak buat makan sendiri je pun. Walaupun hasil nampak macam apam je tapi Alhamdulillah lembut je teksturnya.

Anak2 masa duk buat bancuhan bau nya macam ubat 'mucoprom' /selesema. Tapi bila dah masak..."Mama, boleh tak saya bawa kek ni gi sekolah esok?" Pulak dah... dah tinggal secoit je ni...sudahnya buat lagi 1 bancuhan layankan kehendak anak2 yang sedang nak membesar ni...

Kek Sunquick

Bahan :
1 biji telur
3/4 cwn gula
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
6 sudu besar sunquick oren

2 cawan tepung gandum gaul dengan 1 sudu teh soda dan 1 sudu teh baking powder

Cara :
1. Blend telur + gula + susu cair hingga sebati.
2. Campur sunquick dan minyak masak blend lagi.
3. Tuang ke dalam mangkuk berisi tepung dan gaul hingga sebati.
4. Masuk ke dalam acuan dan kukus 15-20 minit @ hingga masak.