"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Saturday 18 October 2014

Ihsan Temuduga/Periksa Untuk Masuk Ting. 1 SMA Al Ihsan

18.10.2014 Sabtu

Hari ni nak tak nak kena bangun awal pagi sebab nak menghantar Ihsan ke Sekolah Menengah Agama Al Ihsan yang tak berapa jauh dari rumah. Ihsan rileks je.. Mama nya pula yang gelabah/risau lebih². Hihihihi... Siap sarapan dan kompem dokumen yang diperlukan ada bersama, kami bergerak pergi. Hanya Mama, Ayah dan Ihsan sahaja. Si gegirl sila duduk di rumah baik² ye. Nanti kita keluar ke bandar okay!

Jalan tak usah dikata lah sesak bukan main. Parking memang tak ada. Ramai gile orang hari ini. Hihihihihi... Masing² sibuk nak hantar anak masing² ke peperiksaan dan temuduga untuk masuk ke tingkatan 1 pada tahun hadapan. Oleh kerana jam pun dah hampir 8.00pagi, Mama suruh Ayah turunkan kami dijalan sahaja. Mama bawa Along ke dalam sekolah dan cari kelas dengan bertanya orang² di situ yang Mama rasa ada kaitan pada hari ini. Alhamdulillah... Ihsan kena masuk ke kelas L tingkat paling atas sekali. Ibu bapa dilarang menghantar anak ke kelas. Cukup sekadar di tangga sahaja. Mama tinggalkan hp pada Along dan suruh call jika ada apa² sebab Mama nak balik ke rumah.

Selesai je Along masuk ke kelas, Ninie call Hubby inform yang Ninie nak balik rumah sebab anak periksa dan kemudian ada ujian lisan. Hubby kebetulan dah berada di rumah datang ambil Ninie walhal Ninie dah maklumkan nak balik jalan kaki sahaja. Kemudian, balik rumah ambil anak² bawa keluar ke bandar. Lokasi? Ke Kompleks Teruntum untuk survey HP baru untuk Hubby.

Baru je sampai dalam Kompleks Teruntum dalam jam 11.30pg, Ihsan call inform yang dia dah siap semuanya dan nak balik ke rumah. Aik? Cepat bebeno... Call my FIL minta tolong ambilkan Ihsan sebab my FIL & MIL ada gotong royong di Masjid Tanjung Api. Ikutkan Ihsan nak balik jalan kaki je. Tapi Aki rela nak datang ambil.. Thanks Ayah...